MED4IRN diminta perhalusi kelulusan projek ICT kerajaan

DATUK Seri Anwar Ibrahim meminta Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) memperhalusi kelulusan projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kerajaan melalui pendekatan `Enterprise Architecture’ (EA) secara holistik.

Perdana Menteri berkata, langkah itu mengambil kira kolaboratif merentas agensi, perkongsian infrastruktur, data, maklumat dan perkhidmatan selaras dengan hasrat kerajaan dalam perbelanjaan berhemah.

“Justeru, saya menegaskan kepada kementerian dan agensi terbabit agar mematuhi jadual pelaksanaan yang ditetapkan bagi memastikan hasil inisiatif tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk kesejahteraan rakyat,” katanya dalam catatan pada akaun Facebook miliknya.

Terdahulu, Anwar mempengerusikan mesyuarat MED4IRN di Kuala Lumpur, semalam.

Mesyuarat itu turut membentangkan kemajuan pelaporan terkini terkait agenda transformasi negara yang menunjukkan perkembangan positif.

Anwar berkata, perkembangan positif itu termasuk perkhidmatan WiFi di Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis yang sudah selesai dinaik taraf.

“Seterusnya, penambahbaikan perkhidmatan WiFi akan diperluaskan kepada 13 Institusi Pengajian Tinggi Awam, 24 Institusi Pendidikan Politeknik dan 43 Kolej Komuniti,” katanya.

Related Posts

UEC bukan kurikulum kebangsaan, tiada keperluan diiktiraf

PUTRAJAYA – Tiada keperluan untuk kerajaan mengiktiraf sepenuhnya Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) susulan langkah itu tidak selari dengan objektif dalam memperkasa sistem pendidikan kebangsaan. Pakar pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan negara perlu dimanfaat dalam memperkasa pembangunan, kebajikan rakyat

KUALA LUMPUR – Kerajaan dan politik negara kembali stabil selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada November 2022. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu harus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam