MCMC, telco akan teliti semula jurang liputan 5G mengikut lokasi – Fahmi

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan meneliti perbezaan liputan 5G di kawasan berpenduduk (POPA) antara syarikat telekomunikasi (telco) di pelbagai lokasi, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau menjelaskan bahawa angka liputan kawasan berpenduduk sebanyak 92 peratus yang sering diumumkan adalah angka purata keseluruhan dan tidak menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku di lapangan.

“Kita sering mendengar angka 92 peratus liputan, tetapi itu adalah purata. Bila diteliti, ada telco hanya capai 76 peratus, ada pula 86 peratus.

“Ini bermakna liputan tidak sekata, dan rakyat tidak seharusnya membayar untuk perkhidmatan yang hanya berfungsi di lokasi tertentu,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Telekomunikasi Sedunia.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan mahukan semua syarikat telco bekerjasama melalui konsep perkongsian rangkaian (network sharing) supaya capaian internet dapat dinikmati secara meluas oleh rakyat di seluruh negara.

“Rakyat bayar untuk liputan di seluruh negara. Perkhidmatan itu mesti boleh digunakan di mana-mana, bukan hanya di satu tempat,” katanya.

Fahmi menjelaskan bahawa kerajaan kini telah memperkenalkan satu kerangka baharu melalui konsep Multi Operator Core Network (MOCN), yang membolehkan semua syarikat telekomunikasi berkongsi infrastruktur dengan lebih menyeluruh.

Langkah ini bukan sahaja dapat mengurangkan kos pembinaan menara baharu, malah turut mempercepatkan perluasan liputan ke kawasan luar bandar dan pedalaman.

Related Posts

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

KUALA LUMPUR – Bank Dunia mendedahkan tindakan kerajaan mengurangkan kuota penggunaan petrol bersubsidi di bawah BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan adalah tepat dalam usaha mengurangkan beban fiskal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan kes ‘mafia korporat’ setakat ini tidak melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis