MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial yang didakwa berkaitan penyebaran maklumat palsu dan pendedahan maklumat peribadi tanpa kebenaran.

Tindakan ini dijalankan di bawah peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

Menerusi satu kenyataan, MCMC memaklumkan siasatan dijalankan selepas menerima aduan orang awam dan dua sesi rakaman percakapan serta siasatan lanjut dijalankan di ibu pejabatnya di Cyberjaya yang berlangsung pada 25 April dan 28 April.

“Siasatan awal mendapati kandungan yang dikaitkan dengan pempengaruh berkenaan membabitkan penyebaran maklumat palsu yang mengaitkan institusi diraja dengan dakwaan tidak berasas, selain cubaan mendedahkan maklumat peribadi individu tanpa kebenaran dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang.

“Tindakan ini berpotensi mencetuskan kegusaran awam, menyemarakkan fitnah, mengundang ancaman terhadap keselamatan individu terbabit serta melanggar undang-undang komunikasi dan perlindungan data peribadi,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, MCMC berkata, semua aduan disiasat secara menyeluruh mengikut undang-undang tanpa mengira status, populariti atau pengaruh individu itu.

Katanya, siasatan dilaksanakan secara profesional, berlandaskan prosedur yang adil dan mengikut peruntukan undang-undang di bawah AKM 1998 serta sebagai langkah awal untuk mengumpul maklumat berkaitan.

“MCMC mengingatkan orang ramai bahawa sebarang penyebaran kandungan yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R), bersifat mengancam, mengganggu atau menceroboh privasi individu adalah satu kesalahan serius dan boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan sedia ada,” katanya.

Hari ini, media melaporkan, seorang pempengaruh media sosial hadir di ibu pejabat MCMC untuk memberikan keterangan berhubung kenyataan yang dimuat naik berkaitan seorang pemimpin politik di media sosial.

Related Posts

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

ALOR SETAR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap seorang pengguna media sosial iaitu Muhamad Zubair Ismail atau dikenali sebagai ‘Tam Jebat’.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

PUTRAJAYA – Konflik geopolitik yang berlaku di rantau Teluk ketika ini tidak menjejaskan operasi penerbangan domestik di negara ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat ini tiada penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan