Harga santan stabil menjelang bulan depan – Mat Sabu

KERAJAAN memberikan jaminan harga santan akan stabil menjelang bulan depan, terutama pada sambutan Hari Raya Aidiladha.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihaknya akan mengimport buah kelapa tambahan dari Indonesia, Sabah dan Sarawak bagi meningkatkan bekalan domestik dan mengelakkan peningkatan harga.

“Mungkin bulan depan akan stabil, namun kita juga ambil langkah import tambahan lagi (kelapa) dari Sabah, Sarawak dan Indonesia.

“Jadi, kita beri jaminan harga santan segar tak ada masalah pada bulan depan. Aidiladha pun akan stabil sebab sekarang ini musim ‘rumah terbuka’ masih berjalan,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan dan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri KPKM di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, pada Isnin.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Seri Isham Ishak.

Sebelum ini, dilaporkan bekalan kelapa di Johor merosot sebanyak 30 peratus susulan kelewatan bekalan buah kelapa dari Indonesia berikutan cuti Hari Raya Aidilfitri yang berpanjangan.

Isu kelewatan ini telah menyebabkan kekurangan bekalan dalam kalangan penjual santan segar.

Sementara itu, mengulas berkenaan harga bekalan lembu sepanjang Syawal, Mohamad berkata, tidak berlaku sebarang kenaikan dalam tempoh itu.

Beliau juga dan berharap harga bekalan lembu tidak meningkat dan mengalami perubahan mendadak.

Ketika ditanya mengenai 25 ternakan terutama kerbau yang mati akibat penularan wabak penyakit ‘Heamoragic Septicaemia’ (HS) atau hawar berdarah di daerah Kuala Terengganu sejak minggu lalu, beliau berkata keadaan itu sedang dipantau rapi oleh pihak berkuasa.

Related Posts

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

KUCHING – Sistem pendidikan negara tidak seharusnya menjadi mangsa kepada perubahan dasar setiap kali berlaku pertukaran kepemimpinan di Kementerian Pendidikan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TVET, pendidikan digital jadi keutamaan – TPM

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik inisiatif yang diumumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek termasuk penghantaran 32 guru ke United Kingdom bagi menjalani latihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah