MCMC banteras 18,192 kandungan, iklan jelik sejak 2022

KUALA LUMPUR – Sebanyak 18,192 kandungan bersifat jelik, termasuk iklan di platform media sosial sudah diturunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dari 2022 sehingga 15 Januari lalu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, sejumlah 40 laman sesawang juga sudah disekat hasil maklumat dan aduan yang diterima daripada orang awam.

Dalam tempoh sama, tegasnya, sejumlah 5,026 laman sesawang judi dalam talian disekat, manakala 216,085 kandungan bagi perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan dengan kerjasama penyedia perkhidmatan internet.

“Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) komited melaksanakan pemantauan proaktif dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kandungan dalam talian yang dikenal pasti bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik yang melanggar peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia1998 [Akta 588].

“MCMC turut memberikan kerjasama kepada agensi penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari segi penurunan kandungan media sosial, sekatan laman sesawang dan bantuan teknikal seperti pembekalan maklumat dan analisis forensik digital bagi mempercepatkan proses siasatan kesalahan perjudian dalam talian di bawah peruntukan Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 [Akta 289],” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan lisan bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli yang menyatakan apakah terdapat sebarang bentuk kawalan atau pemantauan ke atas iklan-iklan yang ditayangkan di platform seperti Facebook, Tiktok, Instagram dan Youtube yang bersifat jelik selain mempromosikan aktiviti perjudian atas talian.

Mengulas berkenaan Jelah Kempen Keselamatan Dalam Talian, Fahmi memaklumkan, program yang telah dimulakan pada 21 Januari lalu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) itu bertujuan meningkatkan tahap kesedaran mengenai keselamatan dalam talian serta bagi mengelakkan orang ramai menjadi mangsa penipuan dan jenayah atas talian.

“Jelajah kempen itu akan diadakan di seluruh negara dengan pengisian pelbagai program yang menyasarkan seluruh lapisan masyarakat, dengan memanfaatkan kesemua platform media seperti media sosial, media penyiaran dan media luaran.

“Isu-isu yang menjadi fokus utama kempen ini termasuk isu penipuan, had umur pengguna media sosial, buli siber dan perjudian dalam talian,” katanya.

Related Posts

Kunjungan Nassuruddin bertemu PMX bawa rahmat kepada rakyat Kelantan

KUNJUNGAN Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabatnya di Putrajaya Isnin lalu menunjukkan kedua-dua pemimpin itu bersungguh-sungguh mahu memajukan Kelantan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jika masih bersikap ‘play safe’, ASEAN akan kekal diancam kuasa besar

PUTRAJAYA – ASEAN akan kekal rentan terhadap ancaman luar, khususnya dari kuasa-kuasa besar yang mempunyai kepentingan strategik di Asia Tenggara sekiranya masih berpegang kepada pendekatan berhati-hati (play safe) tanpa tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Warga Israel dihukum penjara 7 tahun miliki peluru, senjata api

Warga Israel dihukum penjara 7 tahun miliki peluru, senjata api

Penambahbaikan manual Kor Suksis perkasakan mahasiswa terbilang

Penambahbaikan manual Kor Suksis perkasakan mahasiswa terbilang

Kor suksis perlu lebih berdaya saing – Raja Muda Perlis

Kor suksis perlu lebih berdaya saing – Raja Muda Perlis

Jangan sebar gambar atau video jenayah seksual – Nancy Shukri

Jangan sebar gambar atau video jenayah seksual – Nancy Shukri

Kunjungan Nassuruddin bertemu PMX bawa rahmat kepada rakyat Kelantan

Kunjungan Nassuruddin bertemu PMX bawa rahmat kepada rakyat Kelantan

Saliran sumbat, tumbuhan liar ganggu penduduk Bandar Ramai-Ramai, Sandakan

  • By Fandi
  • February 26, 2025
Saliran sumbat, tumbuhan liar ganggu penduduk Bandar Ramai-Ramai, Sandakan