MCMC, ATM jalin kerjasama tambah baik liputan jalur lebar 73 kem tentera

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalin kerjasama strategik bagi menambah baik liputan jalur lebar menerusi pembangunan infrastruktur gentian optik di 73 kem tentera seluruh negara.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, inisiatif Fibre to the Home (FTTH) yang melibatkan peruntukan RM99 juta itu diadakan bagi memberikan impak signifikan dalam mempermudah urusan harian termasuk aspek pendidikan, komunikasi serta keselesaan hidup keluarga tentera.

“Bagi menjayakan program ini, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mewujudkan kerjasama strategik melalui penyerahan memorandum persefahaman (MoU) pada Jumaat.

“Selain meningkatkan kesalinghubungan infrastruktur dan perkhidmatan jalur lebar, skop utama MoU ini turut meliputi aspek perkongsian maklumat dan data, pelaksanaan program latihan dan kesedaran serta pembangunan insan,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Inisiatif ‘Perajurit Broadband’ dan Majlis Penyerahan MoU antara Kementerian Pertahanan yang diwakili ATM dan Kementerian Komunikasi diwakili MCMC.

Terdahulu, Fahmi dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyaksikan penyerahan MoU oleh Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din kepada Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

Bagi memastikan projek berkenaan berjalan lancar, Fahmi berkata, sebuah jawatankuasa terdiri daripada wakil ATM, MCMC, penyedia kemudahan dan perkhidmatan rangkaian bakal ditubuhkan bagi memantau keseluruhan pelaksanaan.

Selain itu, katanya ATM dan MCMC akan memastikan pertindihan infrastruktur sedia ada tidak berlaku dalam inisiatif yang dijangka dilaksanakan hujung tahun ini.

“Mengenai aspek perkongsian data pula, pihak ATM akan menyediakan maklumat terperinci mengenai kawasan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) selain lokasi kem tentera untuk rujukan MCMC bagi perancangan masa hadapan.

“MCMC pula akan menyediakan maklumat lokasi infrastruktur komunikasi yang berdekatan dengan kem tentera bagi perancangan, kawalan serta keselamatan ATM di kawasan-kawasan kem tentera,” lapor Bernama.

Mengenai inisiatif Perajurit Broadband, Fahmi berkata, pakej itu menawarkan langganan internet berkelajuan 100 Mbps pada harga serendah RM49 sebulan dan akan meminta MCMC meneliti peruntukan tambahan sebanyak RM3.3 juta bagi memberikan pengurangan kepada RM39 bagi enam bulan pertama.

Beliau berkata, kerjasama itu dijangka merintis jalan kepada lebih banyak usaha sama pada masa hadapan antara ATM dan MCMC yang akan memberi manfaat kepada semua pihak, terutama dari aspek keselamatan dan pertahanan negara.

Sementara itu, Khaled dalam ucapannya berkata, kerjasama MCMC dan ATM akan melonjakkan kualiti hidup, kesejahteraan dan kebajikan warga ATM khususnya mereka yang tinggal di dalam kem di seluruh negara.

“Dengan adanya akses kepada maklumat, proses pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan murah. Ruang dan peluang menjana pendapatan tambahan menjadi lebih lebar dan luas,” katanya.

Inisiatif itu katanya, melibatkan 59,420 pintu Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT).

“Harga yang murah ini merupakan satu pengiktirafan dan cara Kerajaan Perpaduan menghargai jasa serta pengorbanan warga ATM dalam memastikan kedaulatan negara terus terpelihara,” katanya.

Related Posts

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

ALOR SETAR – AMANAH menggesa kerajaan meneliti semula kewajaran penganjuran Festival Muzik Air ‘Rain Rave 2026’ yang didakwa tidak selari dengan budaya serta norma masyarakat Malaysia. Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

SANDAKAN – Kerajaan merancang menambah sekurang-kurangnya 81 lagi Wellness Hub di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 119 hab kesihatan komuniti pada masa hadapan. Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI