MCMC akan panggil penyampai radio ERA FM persenda upacara agama

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memanggil kakitangan sebuah stesen radio swasta, ERA FM berhubung video tular di media sosial berkait tindakan mempersendakan upacara agama lain.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya telah menerima aduan daripada pelbagai pihak berhubung tindakan tersebut dan satu siasatan terperinci akan dilakukan.

“Saya telah mengarahkan MCMC menjalankan siasatan terperinci, termasuk memanggil pihak Astro serta pengurusan stesen radio tersebut untuk hadir ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

“Ini bertujuan untuk memastikan tindakan yang boleh diambil berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini, tular di media sosial, sebuah video yang memaparkan seorang penyampai radio ERA FM dilihat membuat aksi yang mengandungi unsur penghinaan terhadap agama Hindu sehingga mengundang kemarahan masyarakat India.

“Saya rasa terhina, marah, dipersendakan dan sedih akan perbuatan biadab yang menghina mantra suci penganut Hindu.

“Saya berharap pihak akan membuka satu kertas siasatan terhadap Azad Jasmin dan semua di bilik yang bersorak bersama mengikut Kanun Keseksaan 298, 298(A), Akta Multimedia 233 dan akta-akta lain yang bersesuaian,” reaksi salah seorang pengguna di media sosial.

Related Posts

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

DALAM landskap politik hari ini, semakin kerap kita melihat naratif yang mengaitkan agama dan institusi diraja sebagai ukuran kejayaan sesebuah kerajaan. Doa, ucapan istiadat, dan simbol kebesaran digunakan untuk membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan kerajaan akan terus bertindak proaktif dalam mendepani krisis global yang semakin mencabar dan kompleks. Menerusi hantaran di akaun rasmi beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar