MBK sedia 46 lokasi bazar sepanjang Ramadan

KUANTAN – Sebanyak 46 lokasi bazar akan beroperasi sepanjang Ramadan kali ini bagi memudahkan orang ramai mendapatkan juadah berbuka puasa.

Setiausaha Majlis Bandaraya Kuantan, Mohd Nizam Mahayuddin berkata, kebenaran itu membabitkan 39 bazar Ramadan di pelbagai lokasi sekitar Kuantan.

“Selain itu, enam bazar Aidilfitri dan satu bazar sahur turut disediakan bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada penduduk sekitar.

“Ini bukan sekadar memberi peluang kepada peniaga kecil menjana pendapatan, tetapi juga menghidupkan suasana Ramadan yang lebih meriah di Kuantan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya turut melaksanakan program kitar semula minyak masak terpakai sebagai langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Menurutnya, tiga lokasi bazar ditetapkan sebagai pusat pengumpulan minyak masak terpakai iaitu di bazar Ramadan Taman Tas, bazar Ramadan di hadapan TMG Mall Tanjung Lumpur serta bazar Ramadan di hadapan Pasaraya Pantai Selamat, Indera Mahkota 3.

“Kita menggalakkan orang ramai untuk menyertai inisiatif ini dengan menghantar minyak masak terpakai mereka ke lokasi yang disediakan bagi memastikan pengurusan sisa lebih mampan,” katanya.

Related Posts

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa sebanyak 15 unit telefon pelbagai jenama bersama kad SIM diterima dalam satu plastik lut sinar pada dua tarikh berasingan, iaitu 8…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

KOTA KINABALU – Sebanyak 83 projek bekalan air luar bandar (BALB) di Sabah diserahkan kepada kerajaan negeri melalui penurunan kuasa daripada kerajaan Persekutuan bagi mempercepat pelaksanaannya. Timbalan Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

Saluran maklumat krisis Asia Barat untuk jemaah haji diperhalusi

Saluran maklumat krisis Asia Barat untuk jemaah haji diperhalusi

Sekatan media sosial bawah 16 tahun dijangka dilaksana pada Jun

Sekatan media sosial bawah 16 tahun dijangka dilaksana pada Jun

Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu harga bahan api – MCMC

Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu harga bahan api – MCMC

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting