MB seru penduduk Selangor mohon skim air percuma

KERAJAAN Selangor menyeru penduduk yang layak untuk memohon Skim Air Darul Ehsan (SADE) sekali gus memenuhi sasaran 600,000 akaun menikmati inisiatif air percuma.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, skim air percuma itu masih dibuka kepada warganegara yang menetap atau menyewa di Selangor yang berpendapatan isi rumah bawah RM5,000.

“Sejak dari mula kita buka, kita sudah panjangkan lagi pendaftarannya setiap tahun. Kita agak ramai yang layak tetapi mereka tidak tahu mohon.

“Saya percaya ramai tidak tahu, ia tidak dibuat secara automatik kerana kita tidak mahu buat secara pukul rata kerana ada orang yang tidak memerlukan pun air percuma,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memyempurnakan program Majlis Sambutan Ulang Tahun Air Selangor ke-5 Bersama Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua di Dewan Rakyat Batu Caves, semalam.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, Kerajaan Selangor tidak berhasrat melonggarkan lagi syarat kelayakan SADE selain pemohon boleh mengemukakan rayuan kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Jelasnya, ketua komuniti akan diminta mencari penduduk berkelayakan bagi memastikan tiada pihak tertinggal untuk menikmati inisiatif skim air percuma 20 meter padu sebulan.

“Kita akan galakkan ketua komuniti untuk daftarkan lebih ramai orang. Kita anggarkan 600,000 akaun tetapi sekarang ada 300,000 akaun sahaja. Kita akan cari dan tambah giat supaya pendaftaran dibuat,” katanya.

Untuk rekod, bermula 1 Oktober 2022, Kerajaan Selangor mengubah syarat kelayakan dengan menaikkan had maksimum pendapatan isi rumah daripada RM4,000 kepada RM5,000 ke bawah.

Setakat Jun, Air Selangor memaklumkan seramai 285,673 penerima manfaat SADE dengan kos lebih RM30 juta ditanggung oleh Kerajaan Selangor setiap tahun.

Related Posts

200,000 benih udang galah dilepaskan di Sungai Temburong

TEMBURONG – Sebanyak 200,000 benih udang galah dilepaskan ke perairan Sungai Temburong menerusi Program Pelepasan Benih Udang Galah dalam usaha memulihara spesies berkenaan. Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh asing edar syabu dalam pondok ditahan polis

MUKAH – Tindakan seorang buruh warga asing menjadikan sebuah pondok di atas bukit berhampiran laluan jejambat Selangau di sini sebagai ‘lubuk’ pengedaran dadah membawa padah apabila dia ditahan polis pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BDR jimat subsidi petrol RON95 lebih RM4.22 juta

BDR jimat subsidi petrol RON95 lebih RM4.22 juta

200,000 benih udang galah dilepaskan di Sungai Temburong

200,000 benih udang galah dilepaskan di Sungai Temburong

Buruh asing edar syabu dalam pondok ditahan polis

Buruh asing edar syabu dalam pondok ditahan polis

876 penduduk DUN Kabong ceria terima bakul makanan sempena Gawai

876 penduduk DUN Kabong ceria terima bakul makanan sempena Gawai

Rafizi kelompok ‘hanya dia yang betul’, pengunduran beri kelebihan kestabilan dalaman PKR

Rafizi kelompok ‘hanya dia yang betul’, pengunduran beri kelebihan kestabilan dalaman PKR

ATM laksana latihan ketenteraan secara tersusun, lalui proses pihak terlibat – MKN

ATM laksana latihan ketenteraan secara tersusun, lalui proses pihak terlibat – MKN