KANGAR – Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dikejarkan ke sebuah hospital di ibu negara sekembalinya dari urusan di luar negara hari ini.
Setiausaha Akhbarnya, Mohamad Azreen Jumri memaklumkan bahawa Mohd Shukri pada awalnya mengadu sakit pada bahagian dada sebelum dikejarkan untuk pemeriksaan lanjut.
“Setakat ini, keadaan beliau stabil dan mohon semua rakyat Perlis mendoakan agar beliau sihat sejahtera dan dilindungi Allah daripada sebarang musibah,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.
Difahamkan Mohd. Shukri baru pulang dari Karnival Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Shanghai, China dalam usaha menarik pelaburan dan memperkukuh daya saing perusahaan tempatan.
MIHAS menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan ekonomi dua hala antara Malaysia dan Republik Rakyat China, khususnya dalam memperluas jaringan serta akses pasaran halal di peringkat global.







