MB Kedah ‘sempoi’ tapi gagal selesai masalah rakyat – Rafizi

“RUGILAH Kedah ada MB (Menteri Besar) yang sempoi dan hebat, tapi tak boleh selesai masalah rakyat.”

Demikian sindiran Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Beliau secara sinis berkata, Kedah mempunyai Menteri Besar yang hebat, tetapi semua hal pembangunan diminta kepada Kerajaan Persekutuan.

“Kalau semua hal pembangunan ini ‘ditaichi’ kepada Kerajaan Persekutuan, rugilah Kedah ada MB yang sempoi dan hebat.

“Titi kampung pun kena minta dengan Kerajaan Persekutuan,” sindirnya menerusi satu rakaman video dimuat naik di Facebook hari ini.

Rafizi berkata, beliau telah diminta untuk membuat lapangan terbang, kereta api, hospital, jambatan dan universiti di Kedah.

“Ada yang tanya saya tak kecil hati dia orang maki saya lepas itu suruh buat macam-macam untuk dia orang?

“Saya ok je. Nanti saya kaji ikut prosedur dan supaya adil kepada semua,” katanya.

Related Posts

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

TUMPAT – Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Wakaf Bharu di sini yang didakwa melibatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai, dipercayai kerana selisih faham keluarga. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

SHAH ALAM – Sarapan percuma diberikan kepada pelajar di kesemua 873 sekolah di Selangor bagi meringankan perbelanjaan ibu bapa susulan krisis tenaga global. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa