MB Inc, MPM pantau potensi pelancongan di gugusan pulau Manjung

MANJUNG – Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) memilih Pulau Giam, Pulau Pangkor dan Pulau Sembilan, di sini, dalam usaha memacu transformasi dan memperkasa industri pelancongan negeri Perak.

Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc Perak, Datuk Anuar Zainal Abidin berkata, kedua-dua pihak telah menjalankan tinjauan menyeluruh di pulau gugusan Manjung itu bagi meneliti potensi pembangunan.

Ujarnya, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada perancangan strategik untuk mentransformasikan Manjung sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.

“Antara fokus utama lawatan ini termasuklah mengenal pasti lokasi-lokasi strategik untuk pembangunan infrastruktur pelancongan baharu.

“Selain itu bagi mengkaji peluang-peluang pelaburan yang berpotensi menjana pertumbuhan ekonomi setempat selain mempertingkatkan kemudahan sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Lawatan tersebut turut disertai oleh Yang Dipertua MPM, Muhammad Faizal Shah Safian Suri.

Tambah Anuar, lawatan strategik itu merupakan pemangkin kepada perancangan pembangunan holistik yang bakal merealisasikan aspirasi menjadikan daerah Manjung sebagai hab pelancongan premium di negeri Perak.

“Mengambil contoh Pulau Giam. Sebuah Pulau kecil di Pulau Pangkor mempunyai tarikan tersendiri yang tiada di tempat lain.

“Saban tahun, ia dikunjungi puluhan ribu pengunjung semata-mata mahu menyaksikan fenomena laut terbelah susulan kemunculan beting pasir sepanjang lebih 400 meter.

“Fenomena unik itu hanya berlaku sekali dalam setahun selepas air laut surut habis iaitu pada pertengahan Februari,” jelasnya.

Justeru, ujar beliau, ada potensi sekiranya tarikan tersebut dijadikan sebagai salah satu tarikan pelancongan termasuklah menyediakan kemudahan bersesuaian.

Lawatan tersebut juga merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial (CSR) antara MB Inc dan MPM.

Related Posts

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

KUANTAN – Penjawat awam Pahang akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji melibatkan peruntukan keseluruhan RM48 juta yang akan dikreditkan dua kali pada tahun hadapan. Berita baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah