Mayat remaja jatuh bot di Sungai Pahang ditemukan terapung

KUANTAN – Pelajar Tingkatan 5 yang terjatuh dari bot ketika menangkap ikan di Sungai Pahang di Pekan Sabtu lalu dijumpai orang awam pada pukul 11.44 pagi tadi.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, mayat Muhammad Danial Fakhrullah Mohd Azri, 17, ditemukan kira-kira 25 kilometer dari lokasi dia dipercayai jatuh.

Mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maran itu ditemukan dalam keadaan terapung di sungai terbabit.

Semalam, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, pihaknya menerima panggilan melaporkan kejadian seorang lelaki terjauh ke sungai ketika mengemudi bot di lokasi tersebut.

Beliau memberitahu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diaktifkan semalam melibatkan anggota bomba, polis dan penduduk Kampung Belimbing dan Kampung Orang Asli Tanah Merah.

Muhammad Danial Fakhrullah dilaporkan terjatuh dari bot ketika menjaring ikan di Sungai Pahang di Kampung Belimbing, Pekan.

Pada kejadian awal, bomba  berkata, berdasarkan maklumat orang awam, terdapat sebuah bot dijumpai dalam keadaan berpusing tanpa kawalan.

Bot yang dikemudi pelajar terbabit dipercayai terlanggar kayu dan berpusing di permukaan air sebelum mangsa tercampak ke sungai.

Insiden itu dilaporkan pada jam 8.55 pagi Sabtu sebelum pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan dan Maran  digerakkan ke lokasi kejadian.

Related Posts

Isu binaan haram dan kepentingan negara

RAMAI mempersoalkan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) begitu tegas terhadap para pendemo berkaitan isu kuil haram. Ada yang menafsirkannya sebagai sikap keras terhadap kebebasan bersuara. Namun tafsiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Realiti ekonomi Terengganu: Angka besar belum tentu ubah nasib rakyat

POSTER propaganda yang mendakwa Terengganu kini ‘bersih, telus dan maju tanpa rasuah’ mungkin kelihatan meyakinkan di atas kertas. Angka untung ratusan juta, hutang berkurang dan pengiktirafan indeks ketelusan digunakan untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang