Mayat lelaki dibaham buaya ditemui terapung

KINABATANGAN – Seorang lelaki yang hilang ketika sedang memukat ikan di Sungai Ladang Tong Hup, di sini ditemui meninggal dunia dalam keadaan tidak sempurna akibat dibaham buaya pada pagi Khamis.

Mayat Brono Kamil Nahak, 25, dijumpai oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 10.45 pagi sekitar satu kilometer (km) dari lokasi mangsa dilaporkan disambar buaya.

Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kinabatangan, N. Azlan Shah Jamaluddin  berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan sebaik menerima panggilan memaklumkan kes itu pada pukul 6.28 pagi dengan bantuan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Hidupan Liar (JHL).

“Jarak lokasi kejadian dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan kira-kira 78 km.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa berjaya dijumpai oleh pasukan SAR dalam keadaan terapung,” katanya.

Tambah beliau, mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Related Posts

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri