Mayat lelaki dengan 12 kesan tikaman ditemukan

NILAI – Seorang lelaki ditemukan maut dengan 12 kesan tikaman dipercayai dibunuh di Pangsapuri Damai Ria, Mantin di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Johari Yahya berkata, polis menerima maklumat mengenai kematian lelaki berusia 30-an tersebut sekitar jam 11 pagi.

“Siasatan awal di lokasi mendapati, mangsa mengalami 12 tikaman termasuk di belakang kepala, dada dan leher.

“Justeru, kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki melibatkan kes bunuh,” katanya, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut membawa kepada tangkapan dua lelaki tempatan berusia 30-an yang juga rakan serumah mangsa pada jam 5.17 petang pada hari sama.

Ujarnya, kedua-dua suspek direman tujuh hari – bermula hari ini – hingga 6 Januari bagi tujuan siasatan lanjut.

Jelas beliau, pemeriksaan forensik ke atas si mati telah dijalankan dan siasatan masih diteruskan secara menyeluruh melibatkan pelbagai sudut termasuk rakaman kamera litar tertutup, keterangan saksi, analisis forensik serta siasatan teknikal.

“Pihak polis tidak menolak kemungkinan penglibatan individu lain dan siasatan masih berjalan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.

Beliau turut menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai atau balai polis berhampiran.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM