Maszlee lega kontroversi 1BestariNet akan terungkai

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memberi reaksi berhubung siasatan yang mula dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap projek 1BestariNet.

Menerusi aplikasi X miliknya, beliau memuat naik kenyataan ringkas iaitu, ‘Akhirnya…’

Menerusi media sosial itu juga, Maszlee turut membuat hantaran mengimbau kembali surat pekeliling bertarikh 27 Jun 2019 mengenai perkhidmatan talian internet di sekolah.

Dalam pekeliling itu, sejak 2012 1BestariNet telah membantu KPM menyediakan talian internet dan aplikasi persekitaran pembelajaran virtual (VLE) kepada 10,211 sekolah di seluruh negara.

Menurut surat berkenaan itu lagi, selepas tujuh tahun, kontrak perkhidmatan itu akan ditamatkan pada 30 Jun 2019 dan mulai 1 Julai 2019 perkhidmatan talian internet ke sekolah seluruh negara akan dibekalkan oleh tiga syarikat penyedia perkhidmatan internet (ISP) iaitu Telekom Malaysia Berhad, Celcom Axiata Berhad dan Maxis Broadband Sdn Bhd.

Pekeliling itu juga menyatakan tiga syarikat ISP tersebut akan menyediakan perkhidmatan talian internet ke beberapa bahagian KPM dan 366 pusat kegiatan guru (PKG) seluruh negara.

Susulan berakhirnya perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2, KPM memutuskan untuk mengguna pakai pelantar pembelajaran Google Classroom (GC) bagi menggantikan Frog VLE.

Sebelum ini, SPRM dilaporkan telah memulakan siasatan terhadap tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pendidikan (KPM) bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) pada 2011.

SPRM telah membuat penggeledahan di pejabat kerajaan dan pejabat YTL Communications Sdn Bhd di Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Hasil penggeledahan itu, sejumlah dokumen disita dan SPRM sedang mengkaji untuk mengenal pasti saksi-saksi yang akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Related Posts

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap seorang individu yang dipercayai menyebarkan kandungan palsu menerusi platform TikTok melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Ketua Pesuruhjayanya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

PUTRAJAYA – Isu kesihatan mental di tempat kerja bukan lagi sekadar isu peribadi, sebaliknya memberi kesan langsung kepada produktiviti serta kesejahteraan organisasi. Ahli Majlis Penasihat Kesihatan Mental Kementerian Kesihatan (KKM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen