Maszlee kesal masih dikaitkan dengan keputusan mansuh UPSR, PT3

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengakui agak pelik kerana terus dikaitkan dengan keputusan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2021.

Beliau menegaskan, fakta sebenar adalah peperiksaan UPSR dan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) dibuat Kementerian Pendidikan (KPM) yang ketika itu diterajui Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Maszlee memaklumkan, keputusan itu kemudiannya dikekalkan Menteri Pendidikan sekarang, Fadhlina Sidek.

“Radzi Jidin yang mansuhkan UPSR dan PT3… Fadhlina kekalkan mansuh UPSR dan PT3… celah mana pulak Maszlee Malik yang hapuskan,” soalnya melalui satu ciapan di platform X.

Maszlee yang memegang jawatan Menteri Pendidikan antara tahun 2018 hingga 2020 memaklumkan beliau tidak pernah menghapuskan apa-apa peperiksaan awam.

“Apapun, KPM dah bertegas kekalkan mansuh UPSR dan PT3… move on sahaja.

“Bersama guru dan ibu bapa perkasakan dan perbaiki Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD),” ujarnya.

Beliau turut menasihatkan guru dan ibu bapa memupuk budaya membaca, berfikiran kritis dan juga minda saintifik dalam kalangan anak-anak.

“Membaca, membaca, membaca dan berfikir… jangan ikut membuta tuli,” katanya.

Related Posts

Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia atas jemputan khas Putin

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Moscow atas jemputan khas Rusia menjelang sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan, pada 9 Mei ini. Menurut hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

KUALA LUMPUR – Kuota haji Malaysia bagi musim ini ditutup sepenuhnya selepas semua 31,600 tempat berjaya diisi. Ia sekali gus menamatkan peluang terakhir kepada jemaah dalam senarai menunggu untuk menunaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan