Masa depan negara perlukan anak muda sedia hadapi realiti – KP JKOM

NEGARA memerlukan generasi muda yang bersedia dari segi pemikiran, ilmu dan kesedaran bagi menghadapi cabaran masa depan.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, perjalanan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak usia muda menjadi contoh jelas bagaimana kesedaran awal, keberanian berfikir dan idealisme mampu membentuk kepimpinan negara pada hari ini.

“Perdana Menteri bermula sebagai aktivis muda yang melihat kemiskinan dan ketidakadilan di depan mata. Kesedaran itu membentuk idealisme beliau.

“Hari ini, sebagai Perdana Menteri, agenda awal beliau adalah membasmi kemiskinan. Ini perjalanan membina negara yang bermula sejak muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dalam siaran podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Ismail menegaskan bahawa aktivisme bukanlah platform mengejar kedudukan atau status, sebaliknya satu proses panjang yang menuntut kematangan, pengalaman dan komitmen untuk membawa perubahan.

Beliau merujuk contoh gerakan kemanusiaan global yang dimulakan oleh remaja berusia 15 tahun dalam isu perubahan iklim, sebelum menjadi ikon kemanusiaan antarabangsa menjelang usia 20-an.

“Inilah yang kita maksudkan sebagai trendsetter. Kepimpinan anak muda bukan soal marah semata-mata, tetapi kesedaran, ilmu dan keberanian membawa gerakan yang memberi impak,” katanya.

Mengulas masa depan negara, Ismail berkata Malaysia kini berdepan “turbulent future”, iaitu era pasca normal yang memerlukan kesediaan minda, kebijaksanaan membuat keputusan serta kemampuan melihat risiko jangka panjang.

“Apa yang kita lakukan hari ini bukan untuk masa kini sahaja. Kita bercakap tentang masa depan. Kita sedang berdepan situasi pasca normal menuju normal baharu.

“Jika generasi muda tidak bersedia dari segi pemikiran, kita tidak dapat membentuk masa depan yang diinginkan,” katanya.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta