Maritim Miri tahan kapal tunda tiada dokumen lengkap

MIRI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri menahan sebuah kapal tunda selepas didapati gagal mengemukakan dokumen penting ketika pemeriksaan dijalankan dalam satu operasi penguatkuasaan di perairan Miri, pada Isnin.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, kapal berkenaan ditahan oleh aset ronda Maritim Malaysia kira-kira jam 2.30 petang di kedudukan lebih kurang 2.4 batu nautika barat Sungai Miri.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati kapal tersebut melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO) apabila gagal mengemukakan dokumen keselamatan kapal semasa diminta oleh pihak berkuasa.

“Dokumen keselamatan kapal merupakan keperluan wajib bagi memastikan tahap keselamatan pelayaran sentiasa berada dalam keadaan selamat dan terkawal,” katanya.

Tambah beliau, pemeriksaan lanjut mendapati kapal itu dikendalikan oleh seorang nakhoda bersama lapan kru warga Indonesia berusia antara 25 hingga 58 tahun.

“Kapal terbabit kemudiannya diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel dan tiba sekitar jam 4 petang sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan serta tindakan lanjut,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pemilik dan pengendali kapal agar memastikan semua dokumen berkaitan kapal sentiasa lengkap dan sah sebelum memulakan pelayaran.

“Kegagalan mematuhi peraturan bukan sahaja merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang, malah boleh menjejaskan keselamatan pelayaran serta membahayakan nyawa kru,” tegasnya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti mencurigakan di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-649111 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 / 082-432016 atau talian kecemasan 999 bagi tindakan segera.

Related Posts

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

MIRI – Berakhir tragedi apabila seorang lelaki ditemui rentung dalam satu kebakaran membabitkan sebuah lori muatan tanah dan sebuah kereta di Jalan Miri By Pass pada pagi Jumaat. Jurucakap Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

KOTA KINABALU – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir memasuki fasa penting apabila mahkamah diberitahu bahawa pihak peguam keluarga mangsa akan memanggil enam pakar, termasuk Pakar Forensik, Psikologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil