Maritim Malaysia terus jadi perisai samudera negara – Dzulfikhar

LAHAD DATU – Selaras dengan temanya, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu yakin terus menjadi perisai samudera negara dengan mempertahankan keselamatan perairan demi generasi akan datang. 

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, tema ‘Dua Dekad Maritim Malaysia, Perisai Samudera Negara’ menunjukkan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab mengawal serta mengawasi perairan sebagai benteng pertahanan utama. 

Beliau berkata, pihaknya terus memperkukuh strategi operasi serta memperkasakan sistem penguatkuasaan dan pemantauan di seluruh negara. 

“Setelah hampir 20 tahun penubuhannya, Maritim Malaysia memastikan kehadiran aset di laut secara berterusan 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu melalui rondaan serta operasi yang sistematik. 

“Pemantauan udara oleh pesawat, risikan makluamt serta siastan menyeluruh terhadap kes jenayah maritim membolehkan setiap lokasi berisiko tinggi dikenal pasti dan ditangani secara berkesan,” katanya kepada media selepas melakukan rondaan pemantauan titik panas di Perairan Lahad Datu dan Kunak bersama media, pada Sabtu. 

Jelas Dzulfikhar, sejak awal penubuhan Zon Maritim Lahad Datu pada 1 Julai 2009, ia telah memainkan peranan penting dan mencatat pencapaian membanggakan dalam memastikan perairan negara kekal beradaulat. 

“Sepanjang 2020 hingga 2024, kita telah melaksanakan 34,049 pemeriksaan dan 13,427 penggeledahan selain merekodkan 164 kes tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63, Akta Kawalan bekalan 1961 serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah. 

“Lebih 12,000 individu juga diperiksa sepanjang tahun 2024 dan 88 taklimat pemeriksaan keselamatan (Preventive SAR) dilaksanakan membabitkan komuniti maritim serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan,” katanya. 

Menurut Dzulfikhar, Maritim Malaysia juga turut memperhebat kerjasama dengan pelbagai agensi dalam dan luar negara bagi memperkukuh kawalan maritim serta mempertahankan negara dari sebarang ancaman. 

“Antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Perikanan serta agensi lain bagi membuktikan komitmen kami,” tambahnya. 

Selain rondaan pemantauan bersama media dengan pemeriksaan kapal pukat tunda di perairan Kunak, Maritim Malaysia Zon Maritim Lahad Datu turut mengadakan majlis Bacaan Yasin serta Tahlil dan pengagihan sumbangan beg termasuk peralatan sekolah sebagai inisiatif memperkukuh hubungan komuniti dan Maritim Malaysia.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta