Maritim Kudat tahan bot kargo gagal lapor pertukaran nahkoda

KUDAT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Kudat menahan sebuah bot kargo kerana gagal memaklumkan pertukaran nakhoda di kedudukan kira-kira 4.7 batu nautika barat laut Tanjung Kubong Pulau Banggi di sini pada Selasa.

Pengarahnya, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, bot kargo berkenaan ditahan sekitar pukul 5.30 petang hasil maklumat pengesanan Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Sabah.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan telah melakukan kesalahan gagal memaklumkan pertukaran nakhoda kepada pihak berkuasa dan dikendalikan oleh dua individu warga Filipina berumur lingkungan 31 dan 24 tahun.

“Setelah diperiksa kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri daripada Unit Penempatan Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri, Sabah (Resit Pengenalan Sementara).

“Untuk itu kru bersama bot seterusnya ditahan dan dibawa ke jeti untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana gagal memaklumkan pertukaran nakhoda,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Hasbullah berkata, pihaknya juga menyeru kepada masyarakat khususnya komuniti maritim di Kudat untuk terus melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen