Maritim gagalkan cubaan seludup barang kawalan di Kg Batu

LAHAD DATU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Lahad Datu berjaya menahan sebuah bot pam tanpa nombor pendaftaran yang dikendalikan seorang kru dalam keadaan mencurigakan lebih kurang 0.5 batu nautika timur Kampung (Kg.) Tanjung Batu, di sini pada Khamis. 

Menurut Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Dzulfikhar Ali pihaknya berjaya merampas 35 tong gelen kosong, wang tunai dalam nilai mata wang asing dan ringgit, sebuah bot pam dan dua buah enjin pam.

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM8,000.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut membawa 35 tong gelen kosong anggaran setiap tong 20 liter disyaki untuk mengisi dan menyeludup minyak petrol bagi tujuan dibawa ke luar dari negara ini,” katanya menerusi kenyataan media.

Jelas Dzulfikhar, kru bot terbabit berjaya melarikan diri dengan terjun ke laut dan berenang ke pesisir pantai berhampiran setelah menyedari kehadiran bot peronda Maritim Malaysia.

Katanya, bot seterusnya ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Tambahnya, kejayaan mengesan bot pam terbabit adalah hasil maklumat awam sekitar pukul 12.10 pagi.

Justeru itu, beliau minta orang ramai untuk terus menghubungi Pusat Operasi Lahad Datu di talian 089-885727 atau talian kecemasan 999 jika terdapat maklumat berkaitan kegiatan jenayah.

Related Posts

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

SANDAKAN – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sejumlah RM34.2 juta bagi pelaksanaan lapan projek pembangunan utama di bandar Sandakan untuk tahun 2025. Ia meliputi bidang pengurusan sisa pepejal,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

KOTA KINABALU – Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah menyatakan sokongan padu terhadap tindakan undang-undang yang diambil oleh Sabah Law Society (SLS) dalam menuntut hak perlembagaan negeri berkaitan 40 peratus hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas

MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI

MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI