Maqis Pulau Pinang rampas produk ikan sejuk beku dari China mengandungi DNA babi

BUTTERWORTH – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk produk ikan sejuk beku yang mengandungi Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dan ayam dari negara China.

Pengarah Maqis Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd Talib berkata, barang dagangan itu ditahan di Pintu Masuk Maqis North Butterworth Container Terminal (NBCT), di sini, hari ini.

Menurutnya, penahanan itu dilakukan hasil pemeriksaan pegawai penguatkuasa Maqis yang mendapati dokumen import dagangan mengandungi maklumat yang mengelirukan.

“Barangan yang diisytiharkan sebagai Frozen Cuttlefish Intestines berbentuk sosej sejuk beku, Frozen Cuttlefish Balls, dan Frozen Cuttlefish Tofu telah disahkan melalui analisis oleh Jabatan Kimia Malaysia bahawa produk tersebut mengandungi DNA babi dan ayam di mana ia bercanggah dengan deklarasi asal dalam dokumen import.

Pegawai Maqis melakukan pemeriksaan produk yang dibawa masuk dari China.
Pegawai Maqis melakukan pemeriksaan produk yang dibawa masuk dari China.
“Konsainan dagangan seberat 51.3 tan dengan nilai keseluruhan RM63,534.57 ini disita sepanjang tempoh siasatan di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana mengemukakan maklumat palsu, tidak tepat, atau mengelirukan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, pada Selasa.

Muhammad Ikram berkata, pengimport telah dikenakan kompaun dan barangan dagangan telah dilupuskan mengikut tindakan penguatkuasaan yang diperuntukkan di bawah akta sama.

Tegasnya, menjadi tanggungjawab Maqis bagi memastikan pengimportan makanan ke dalam negara diyakini selamat dengan pengisytiharan maklumat pengimportan yang sahih.

Beliau berkata, tidak akan berkompromi dengan sebarang pelanggaran syarat dan cubaan membawa masuk produk makanan yang akan menjejaskan keselamatan dan keterjaminan makanan.

Related Posts

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

PAITAN – Sebanyak 15 tan bekalan makanan dan keperluan asas dihantar ke pusat agihan di Kadazandusun Cultural Association (KDCA) Paitan bagi memperkukuh operasi bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Sugut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

KUCHING – Cadangan projek mega Kereta Api Trans Borneo (TBR) disambut baik berikutan potensinya sebagai pemangkin ekonomi dan logistik yang efisien untuk wilayah ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan