Mansuh SPLKPM, SSDM bukti suara guru didengari, kebajikan pendidik terbela

PUTRAJAYA – Pemansuhan Sistem Sahsiah Disiplin Murid (SSDM) dan Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM) disifatkan sebagai langkah awal yang penting dalam usaha mengembalikan peranan utama guru sebagai pendidik.

Pakar pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) itu merupakan hasil daripada desakan dan tuntutan berterusan guru yang sekian lama membangkitkan isu beban tugas bukan pengajaran yang menjejaskan fokus terhadap pembelajaran murid.

Malah, beliau memaklumkan, sebelum ini wujud persepsi bahawa suara guru tidak akan didengari, selain terdapat dalam kalangan pendidik yang berasa pesimis terhadap usaha menyuarakan pandangan mereka.

“Akhirnya hasil desakan dan tuntutan berterusan dari suara- suara guru berkaitan beban tugas guru, telah diambil tindakan oleh KPM. Saya percaya pemansuhan SSDM dan SPLKPM adalah permulaan kepada usaha mengembalikan semula fungsi asal guru sebagai pendidik.

“Ada banyak lagi beban tugas bukan pengajaran yang mesti diteliti dan dimansuhkan,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Ahad.

Mengulas lanjut, Anuar turut mendedahkan bahawa terdapat guru-guru yang berdepan tekanan, peringatan serta amaran daripada pihak atasan supaya tidak bersuara.

Malah, beliau yang juga Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM) menegaskan, terdapat pendidik anak bangsa yang dikenakan tindakan tatatertib hanya kerana menyuarakan pandangan untuk menambah baik sistem pendidikan negara.

“Sedangkan tujuan mereka hanya untuk menambah baik sistem pendidikan yang merudum. Mereka bersuara kerana sayangkan pendidikan negara. Akhirnya, mereka terkorban.

“Hari ini terbukti bahawa suara-suara  mereka adalah suara-suara orang yang berada di pihak yang benar. Tahniah atas pengorbanan para guru yang berani bersuara demi pendidikan anak-anak bangsa.

“Berikan kepercayaan kepada guru-guru. Kalau dari dahulu suara kita didengari, alangkah lebih baik. Apa pun ‘better late then never’. Tahniah KPM,” katanya.

Terdahulu, KPM memutuskan untuk memansuhkan SPLKPM sebagai langkah berterusan bagi mengurangkan beban tugas guru.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, keputusan itu dibuat susulan penilaian berterusan kementerian terhadap beban kerja guru serta maklum balas warga pendidik yang berpandangan sistem berkenaan menjejaskan tumpuan mereka terhadap tugas hakiki.

Related Posts

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

DATUK Mubarak Dohak dilapor menangguhkan arahan pengosongan kompaun kediaman rasmi Balai Luak Undang Sungei Ujong buat masa ini atas beberapa alasan. Setiausaha Sulit Undang Luak Sungei Ujong , Ahmad Hanafi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

Program bersemuka JaPen Sabah fokus internet selamat, buli

Program bersemuka JaPen Sabah fokus internet selamat, buli