Mangsa insiden Putra Heights terima RM1,000 sumbangan pejabat Parlimen Puchong

PEJABAT Parlimen Puchong akan menyalurkan bantuan tunai segera RM1,000 kepada keluarga dari Kampung Kuala Sungai Baru dan Kampung Tengah yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Heights, Putra Harmoni semalam.

Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin berkata, bantuan kepada penduduk kedua-dua kampung, yang terletak di kawasan Parlimen berkenaan, akan diagih bermula hari ini terutama bagi mangsa yang kediaman mereka rosak sepenuhnya susulan tragedi itu.

“Bagi mangsa yang masih berada di kampung halaman, kami akan aturkan pengagihan susulan.

“Untuk mangsa kategori lain, kami akan mengagihkan sumbangan tunai sebaik kami mendapat data sah terkini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Bagaimanapun, beliau berkata, bagi sebarang keperluan kecemasan, penduduk di kawasan Parlimen itu boleh menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Batu 13 di talian 011-2721 7445.

Bee Yin berkata peruntukan RM10,000 juga disediakan untuk tindakan kecemasan lain bagi membantu penduduk di kawasan parlimen itu.

Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat pula memaklumkan setakat ini, seramai 529 mangsa insiden itu ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Masjid Putra Heights dan Dewan Serbaguna MBSJ.

Related Posts

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

LIMBANG – Pelaksanaan Projek Hopecare ‘Basic Of Life’ Limbang Rural Water Project disifatkan sebagai satu inisiatif amat signifikan dalam usaha memastikan akses kepada bekalan air bersih dan selamat dapat dinikmati…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan sebuah bot nelayan tempatan yang menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang daripada dua batu nautika dari daratan pada pukul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim