Mangsa banjir Pahang terima bantuan seperti tahun sebelumnya

KUANTAN – Semua bentuk bantuan disalurkan kepada penduduk terjejas banjir sebelum ini akan diteruskan oleh kerajaan Pahang.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri juga akan terus mencari jalan mempermudahkan pengagihan bantuan berkenaan.

“Bantuan seperti biasa, apa yang kita bagi (sebelum ini), kita tidak akan kurangkan.

“Kita juga akan mempermudahkan lagi cara untuk menyalurkan bantuan itu,” katanya ringkas ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen UCYP dan Kolej Yayasan Pahang (KYP) 2025 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai bantuan wang ihsan kepada penduduk terjejas banjir.

Wan Rosdy turut mengingatkan penduduk di Pahang supaya sentiasa peka dengan keadaan cuaca semasa, memandangkan musim Monsun Timur Laut (MTL) baharu saja bermula.

“Mengenai banjir ini, musim MTL belum habis dan baru-baru ini, ada kawasan sudah dinaiki air.

“Saya merakamkan syabas dan tahniah kepada semua agensi terlibat membantu memindahkan penduduk, menyediakan pusat pemindahan sementara (PPS) dan bantuan lain,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai majlis konvokesyen pula, beliau yang juga Pro Canselor UCYP memaklumkan, seramai 623 pelajar menerima diploma, ijazah dan doktor falsafah (PhD) dalam sesi kali ini.

“Sudah tentu pencapaian anak-anak kita hari ini adalah permulaan kepada mereka berdepan realiti kehidupan sebenar di luar.

“Saya yakin UCYP dan KYP sudah melengkapkan pelajar ini dengan segala kemahiran… saya harap mereka tidak berhenti (belajar) kerana proses pembelajaran ini berjalan sepanjang masa,” katanya.

Hadir sama pada majlis konvokesyen itu adalah Pengerusi UCYP, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

Related Posts

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

KUANTAN – Penganjuran Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026 adalah antara langkah strategik kerajaan Pahang memperkasa komuniti usahawan di Pantai Timur. Rata-rata usahawan ditemui Sinar Harian menyambut baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

  • By Siti
  • April 20, 2026
Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat