Malaysia terus buktikan kejayaan ekonomi, diiktiraf dunia

MALAYSIA berjaya membuktikan kejayaan ekonomi yang diiktiraf dunia dan wajar menjadi kebanggaan rakyat, kata Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob.

Beliau berkata, pandangan tokoh ekonomi antarabangsa, Dr Apurva Sanghi mengenai tiga pencapaian besar Malaysia menunjukkan negara ini berada di landasan tepat menuju status berpendapatan tinggi melalui pelaksanaan model Ekonomi MADANI.

Apurva bersama Fionne Lim melalui ciapan di platform X menyorot tiga kejayaan besar Malaysia yang disifatkan jarang diketengahkan tetapi wajar menjadi kebanggaan nasional, khususnya menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-68.

Apurva berkata, Malaysia berjaya membasmi kemiskinan tegar dan mengangkat taraf hidup rakyat hasil pelaksanaan dasar pembangunan inklusif.

Menurutnya, banyak negara membangun masih gagal keluar daripada perangkap kemiskinan, namun Malaysia membuktikan ia mampu dilakukan.

Beliau berkata, kejayaan kedua ialah keupayaan negara mengelak daripada ‘kutukan sumber’ atau resource curse meskipun memiliki hasil minyak dan mineral.

Sebaliknya, Malaysia berjaya menguruskan sumber dengan berhemah sekali gus membina asas ekonomi lebih pelbagai dan stabil.

Apurva berkata, pencapaian ketiga yang mengangkat nama Malaysia ialah kedudukan negara sebagai peneraju global dalam ekonomi halal.

Industri halal yang diiktiraf dunia bukan sahaja memberi manfaat kepada umat Islam tetapi turut membuka akses kepada pasaran antarabangsa yang luas.

Bagaimanapun, Arpura mengingatkan Malaysia berdepan cabaran baharu termasuk miskin bandar, jurang pendapatan, kos sara hidup serta keperluan mewujudkan peluang pekerjaan lebih baik.

Justeru, dasar Ekonomi MADANI digerakkan kerajaan untuk memastikan kejayaan besar negara dapat diterjemah dalam bentuk kesejahteraan rakyat menyeluruh.

“Malaysia sudah membuktikan kejayaan demi kejayaan. Dengan kepimpinan berwawasan dan sokongan rakyat, negara ini berpotensi terus menjadi model pembangunan yang membanggakan, bukan sahaja di rantau ini malah di seluruh dunia,” katanya.

Related Posts

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

KOTA KINABALU – Kerajaan memutuskan penubuhan Pasukan Petugas Khas Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) peringkat Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi memperkukuh usaha membanteras aktiviti penyeludupan serta ketirisan ekonomi di kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
320 kes pelanggaran undang-undang direkodkan menerusi Ops Tiris 4.0

KOTA KINABALU – Sebanyak 320 kes pelanggaran undang-undang direkodkan menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) di seluruh negara sepanjang tempoh operasi bermula 16 Mac hingga 19 April 2026. Timbalan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

320 kes pelanggaran undang-undang direkodkan menerusi Ops Tiris 4.0

  • By Ynom
  • April 20, 2026
320 kes pelanggaran undang-undang direkodkan menerusi Ops Tiris 4.0

Enam pondok sertai rintis digitalisasi pendidikan Islam – PM

Enam pondok sertai rintis digitalisasi pendidikan Islam – PM

Kapal bahan api lepasi Selat Hormuz dijangka tiba hujung minggu ini – Fahmi

Kapal bahan api lepasi Selat Hormuz dijangka tiba hujung minggu ini – Fahmi

Undang-undang tetap terpakai di ruang maya – Azalina

Undang-undang tetap terpakai di ruang maya – Azalina