Malaysia tegas pertahan kedaulatan sempadan negara

KOTA BHARU – Malaysia telah kemukakan pandangan berhubung keselamatan Laut China Selatan susulan konflik sempadan di perairan itu pada satu forum yang telah berlangsung di Beijing, China baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, berhubung isu terbabit sebanyak empat perkara telah menjadi fokus utama.

“Kita sudah sampaikan pandangan Malaysia terkait dengan keselamatan Laut China Selatan dan ada empat perkara diberi tumpuan iaitu pertama, memang kita di Malaysia akan pertahankan kedaulatan sempadan, itu kita tegas.

“Melalui itu, kesampaikan pandangan Malaysia terkait dengan keselamatan Laut China Selatan dan ada empat perkara diberi tumpuan iaitu pertama, memang kita di Malaysia akan pertahankan kedaulatan sempadan, itu kita tegas.

“Kedua, memang kita perjuangkan Laut China Selatan adalah yang bebas dan selamat bagi tujuan ekonomi perdagangan dan saya fikir semua negara maklum akan perkara itu.

“Seterusnya, kalau ada isu berbangkit atau konflik seumpamanya, kaedah diplomasi, perbincangan, dialog dan juga bilateral antara negara harus menjadi mekanisme bagi menyelesaikan masalah itu,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, melalui undang-undang antarabangsa juga harus pastikan perairan Laut China Selatan menepati konsep ‘freedom of navigation’ yang bermaksud pelayaran atau keperluan maritim harus menjadi keutamaan.

Mengenai hubungan antara kedua negara itu, bagaimanapun beliau berkata, hubungan antara Malaysia dan China sangat baik malah sudahpun menjangkau 50 tahun maka tiada masalah jika sebarang isu yang timbul, mampu diselesaikan menerusi diplomasi.

“Malaysia dan China mempunyai hubungan agak baik, sudah 50 tahun kerjasama dan gunakan itu sebagai diplomasi penting kita untuk pastikan kekal jaga kedaulatan malah jika ada konflik, boleh bincang untuk selesaikan,” katanya.

Related Posts

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

ALOR SETAR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap seorang pengguna media sosial iaitu Muhamad Zubair Ismail atau dikenali sebagai ‘Tam Jebat’.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

PUTRAJAYA – Konflik geopolitik yang berlaku di rantau Teluk ketika ini tidak menjejaskan operasi penerbangan domestik di negara ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat ini tiada penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan