Malaysia sedia sertai misi pengaman di Gaza

PUTRAJAYA – Malaysia bersedia menyertai Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Gaza bersama negara-negara sehaluan termasuk dalam kalangan anggota Pertubuhan Kerjasama Islam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perkara itu disampaikan kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam mesyuarat dua hala di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

“Malaysia turut menegaskan pendirian teguh terhadap perjuangan Palestin, serta mengalu-alukan pendirian konsisten PBB dan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang menegaskan bahawa sekatan rejim Israel terhadap bantuan kemanusiaan di Gaza melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri.

Anwar berkata, pertemuan itu bertujuan memperkukuh kerjasama Malaysia-PBB, termasuk di bawah kerangka ASEAN-PBB, serta menzahirkan sokongan penuh Malaysia terhadap agenda reformasi PBB, termasuk Pact for the Future dan Inisiatif UN80.

Beliau juga menegaskan komitmen Malaysia memperkasakan Visi Komuniti ASEAN 2045, seiring dengan Agenda Pembangunan Mampan 2030 melalui pelaksanaan Complementarities Initiative 2.0.

Dalam pertemuan berlangsung kira-kira 20 minit itu, Anwar dan Guterres turut membincangkan peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN dalam memudah cara rundingan damai antara Thailand dan Kemboja dan memajukan usaha dialog inklusif di Myanmar.

Turut disentuh adalah usaha memperkukuh agenda perubahan iklim global termasuk penyerahan Sumbangan Ditentukan Negara 3.0 Malaysia menjelang Persidangan Pihak-Pihak ke-30 di Brazil.

“Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan PBB dalam memperjuangkan keamanan, keadilan dan pembangunan mampan sejagat,” kata Anwar.

Related Posts

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tarik diri pameran DSA 2026

KUALA LUMPUR – Iran menyatakan hasrat menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti