Malaysia sanjung Turkiye teguh pertahan rakyat Palestin

MALAYSIA komited terus menyokong perjuangan rakyat Palestin dan berdiri teguh bersama Turkiye dalam mempertahankan hak serta maruah mereka, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menyatakan pendirian Malaysia itu dalam satu panggilan telefon bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan semalam,

Jelasnya, Malaysia menyatakan penghargaan kepada pemimpin itu atas suara dan pendirian teguh yang konsisten dalam memperjuangkan suara warga Palestin yang tertindas.

“Kami sepakat bahawa saat dunia masih memilih untuk membisu dan bersikap selektif terhadap penderitaan rakyat Gaza, kita tidak boleh berpeluk tubuh.

“Malaysia tentunya menyambut baik dan mendukung penuh pendirian Presiden Erdogan untuk menggunakan segala wahana dan keupayaan yang ada bagi membela hak dan maruah rakyat Palestin,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Panggilan telefon berkenaan dibuat oleh Erdogan bagi menyampaikan salamnya kepada Anwar sempena Aidiladha.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut menyifatkan kunjungan rasmi Erdogan ke Malaysia baru-baru ini antara lawatan paling berjaya dan bermakna dalam sejarah diplomatik negara.

Katanya, lawatan itu memperkukuh asas hubungan dua hala yang telah lama terjalin.

“la antara lawatan paling berjaya dan bermakna dalam sejarah diplomatik negara, tidak sekadar pertukaran protokol tetapi turut disulami dengan rundingan yang substantif yang menyentuh kepentingan bersama.

“Saya melihat kunjungan ini sebagai manifestasi keserasian nilai dan hala tuju yang jitu kedua dua negara dalam menjunjung keadilan, kedaulatan dan pembangunan umat sejagat,” katanya.

Anwar turut menegaskan, Malaysia beriltizam untuk terus bekerjasama rapat dengan Turkiye, terutamanya dalam membentuk satu kesatuan strategik yang mampu membawa suara umat ke tengah pentas dunia.

“Dalam semangat Aidiladha, pengorbanan, keteguhan dan keyakinan terhadap seruan llahi Malaysia akan terus berdiri bersama Turkiye dalam memungkinkan sebuah dunia yang lebih aman, adil dan menjunjung tinggi nilai kemanusiaan,” katanya.

Related Posts

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

ALOR SETAR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap seorang pengguna media sosial iaitu Muhamad Zubair Ismail atau dikenali sebagai ‘Tam Jebat’.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

PUTRAJAYA – Konflik geopolitik yang berlaku di rantau Teluk ketika ini tidak menjejaskan operasi penerbangan domestik di negara ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat ini tiada penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan