Malaysia rakam penghargaan kepada pimpinan Thailand

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Thailand atas komitmennya mengukuhkan hubungan dua hala dan memajukan projek di sempadan.

Anwar yang memulakan lawatan kerja dua hari ke Thailand hari ini turut menyampaikan penghargaan kepada Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra terhadap layanan mesra dan mesyuarat dua hala yang diatur.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan Thailand atas dedikasinya mengukuhkan hubungan dua hala dan projek di sempadan.

“Projek-projek ini telah lama wujud dan di bawah kepimpinan anda, ia dapat direalisasikan,” katanya sebagai membalas ucapan alu-aluan Paetongtarn sebaik tiba di Government House, Bangkok.

Anwar tiba di Government House di sini pada 1.50 tengah hari (waktu tempatan) dengan disambut oleh Paetongtarn, lapor Bernama.

Mereka kemudiannya mengadakan dalam mesyuarat dua hala, dengan anggota delegasinya termasuk Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Duta Khas ASEAN ke Myanmar, Tan Sri Othman Hashim.

Sementara itu di pihak Thailand pula, Paetongtarn disertai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan, Suriya Juangroongruangkit serta Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa.

Usai mesyuarat dua hala itu, kedua-dua Perdana Menteri menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Perjanjian Pembinaan (CA) bagi Projek Jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok oleh Nanta dan Suriya.

Terdahulu dalam ucapan alu-aluannya, Paetongtarn turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada Anwar atas lawatan itu, yang bertujuan untuk meningkatkan lagi kerjasama dua hala antara Thailand dan Malaysia.

“Kami akan terus bekerjasama dan membantu antara satu sama lain dalam pelbagai isu yang memberi kesan kepada dunia hari ini,” katanya.

Related Posts

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang melaksana usaha bagi membantu rakyat Malaysia yang terkandas di Dubai dan Emiriah Utara dengan meningkatkan kekerapan penerbangan pulang ke tanah air. Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti video penuh, usah terjebak fitnah – Dr Zulkifli

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menepis sekeras-kerasnya tohmahan kononnya beliau pernah menyatakan isu memijak Al-Quran tidak perlu diselesaikan dengan hukuman. Beliau menegaskan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan