Malaysia pintu gerbang sempurna bagi Asia Tenggara, peluang UK perkasa pelaburan

MALAYSIA merupakan pintu gerbang yang sempurna bagi Asia Tenggara, khususnya dengan penyertaan United Kingdom (UK) dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang turut disertai Malaysia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam satu sesi diatur oleh Standard Chartered, Majlis Perniagaan ASEAN-UK dan Dewan Perdagangan dan Dewan Perniagaan British Malaysia baru-baru ini berkata, beliau telah berkongsi pelbagai kelebihan Malaysia sebagai hab serantau untuk syarikat UK.

“Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom (UK) dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang turut disertai Malaysia.

“Sehubungan itu, sayanglah kalau syarikat UK tidak memanfaatkan peluang terbentang ini untuk menerokai peluang perniagaan di Malaysia dan ASEAN,” katanya menerusi satu ciapan di laman X miliknya, hari ini.

Tengku Zafrul adalah antara Menteri Kabinet yang menyertai lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama lima hari ke UK yang berakhir semalam.

Malaysia meratifikasi CPTPP pada Oktober 2024 dan menyertai Peru, Jepun, Singapura, Chile, New Zealand dan Vietnam berbuat demikian manakala UK menyertainya pada Disember lalu. 

Dalam pada itu, menerusi hantaran berbeza, Zafrul memaklumkan potensi pelaburan yang berjaya diraih hasil lawatan rasmi Perdana Menteri melibatkan sektor tenaga boleh baharu, ekonomi digital, automotif, perbankan, hartanah dan petrokimia.

Bagi pelaburan eksport, beliau berkata, antara produk yang berpotensi adalah peralatan dan komponen pesawat, perabot serta makanan dan minuman.

“Potensi pelaburan RM11 bilion, dan potensi eksport RM500 juta. Itulah hasil lawatan rasmi Perdana Menteri ke UK. Sehingga November 2024, jumlah dagangan Malaysia-United Kingdom adalah RM15.3 bilion, dengan eksport bernilai RM7.83 bilion dan import sebanyak RM7.47 bilion.

“Dari segi prestasi pelaburan, setakat September 2024, sejumlah 486 projek pembuatan oleh syarikat United Kingdom telah dilaksanakan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM12.49 bilion yang menjana sebanyak 41,630 peluang,” katanya.

Related Posts

PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

CEBU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 serta mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini bermula esok hingga 8 Mei ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC kesan 600 hantaran palsu krisis tenaga global, lima kes ke mahkamah

PUTRAJAYA – Lebih 600 hantaran di media sosial yang mengandungi maklumat palsu berkaitan krisis tenaga global dikesan sejak 29 Mac lalu hingga kini. Jurucakap Kerajaan MADANI merangkap Menteri Komunikasi, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Penduduk Sungai Apin nikmati fasiliti sukan lebih selesa

Penduduk Sungai Apin nikmati fasiliti sukan lebih selesa

Anggota PDRM Sabah diseru perkukuh pengurusan kewangan, kesihatan mental

Anggota PDRM Sabah diseru perkukuh pengurusan kewangan, kesihatan mental

Penyelarasan antara agensi pastikan Pan Borneo Sabah siap ikut jadual – Hajiji

Penyelarasan antara agensi pastikan Pan Borneo Sabah siap ikut jadual – Hajiji

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar