Malaysia perkukuh kerjasama dengan Timor-Leste

PUTRAJAYA – Malaysia akan memperkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang strategik dengan Timor-Leste dan menyokong aspirasi negara itu untuk menjadi anggota penuh ASEAN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perkara itu dibincangkan dalam pertemuan dengan Presiden Timor-Leste Dr Jose Ramos-Horta di kediaman beliau di Putrajaya, semalam.

“Menerima kunjungan Presiden Timor-Leste Dr Jose Ramos-Horta di kediaman saya hari ini (semalam) lantas mengukuhkan manifestasi hubungan erat antara Malaysia dan Timor-Leste,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Beliau juga berkata, Malaysia komited untuk terus memainkan peranan konstruktif dalam menyokong proses integrasi serantau demi kestabilan dan kemakmuran bersama.

Mengakhiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di sini pada 27 Mei lalu, Perdana Menteri berkata, pemimpin Asia Tenggara bersetuju menerima Timor-Leste sebagai anggota ke-11 blok serantau itu pada Sidang Kemuncak ASEAN Oktober ini.

Bagaimanapun, ia tertakluk kepada pematuhan beberapa syarat yang masih belum dipenuhi bagi keanggotaan penuh.

Beliau berkata, semua pemimpin sudaah mencapai kata sepakat menyokong Timor-Leste dalam mengambil semua langkah yang perlu untuk menjadi anggota penuh ASEAN.

Timor-Leste, yang mencapai kemerdekaan pada 2002, secara rasmi memohon untuk menyertai ASEAN pada 2011 dan diberikan status pemerhati pada 2022.

Related Posts

Bung Moktar kritikal

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu. Sumber memaklumkan Adun Lamag yang kini di unit rawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
20 penjawat awam tamat kursus AI di China

PUTRAJAYA – Seramai 20 pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan berjaya menamatkan kursus intensif teknologi kecerdasan buatan (AI) selama enam bulan di China, semalam. Kumpulan itu turut disertai seorang pegawai Suruhanjaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AFFIN raih Anugerah J.P. Morgan Elite Quality tiga tahun berturut-turut

AFFIN raih Anugerah J.P. Morgan Elite Quality tiga tahun berturut-turut

Saya kehilangan bapa, UMNO dan BN Sabah hilang pendekar – Anil Sandhu

  • By Fatin
  • December 5, 2025
Saya kehilangan bapa, UMNO dan BN Sabah hilang pendekar – Anil Sandhu

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam