Malaysia negara pertama di dunia aplikasi teknologi AI dalam industri sawit

KUALA KANGSAR – Malaysia mencipta sejarah tersendiri dalam industri sawit apabila menjadi negara pertama di dunia yang mengaplikasikan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemprosesan kelapa sawit.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pelaburan untuk menggunakan AI tersebut adalah hampir RM5 juta dengan jangkaan penjimatan RM2.6 juta setahun.

Jelasnya, teknologi baharu yang dibangunkan Airei Sdn Bhd itu dilaksanakan di kilang memproses sawit, Minsawi Industries di sini yang telah beroperasi sejak 41 tahun lalu.

“Kilang ini (Minsawi Industri) adalah kilang sawit pertama daripada 446 kilang sawit seluruh Malaysia yang menggabungkan semua teknologi canggih termasuk AI, sensor dan teknologi berkaitan.

“Menerusi pembentangan mereka kepada saya, dengan teknologi yang ada di kilang kelapa sawit ini, ia mampu mengurangkan kos operasi (cost overhead) sebanyak 35 peratus.

“Sekiranya teknologi ini boleh diguna pakai di semua kilang sawit di negara ini, secara tak langsung boleh mengurangkan pekerja asing hampir 8,000 orang,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, jika kilang sebesar ini boleh mengurangkan pekerja dan mempunyai kecekapan dari segi pengekstrakan minyak, secara tidak langsung akan meningkatkan pendapatan secara maksimum dari segi pengeluaran minyak sawit.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan kilang minyak sawit berasaskan teknologi AI pertama di dunia di Minsawi Industries, di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Johari berkata, penggunaan AI boleh menarik rakyat tempatan untuk terlibat dalam industri sawit dengan penawaran kerja yang berkemahiran tinggi.

“Malaysia merupakan pengeluar kelapa sawit kedua terbesar di dunia.

“Apabila kita sudah menjadi negara pertama yang menggunakan AI, di harap lebih banyak lagi kilang-kilang menggunakan teknologi ini,” katanya.

Sehubungan itu, Johari turut memberi cadangan agar 185 kilang-kilang yang telah lama beroperasi menaik taraf fasiliti masing-masing dalam mengguna pakai teknologi moden termasuk AI mengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan pihaknya akan menjalankan pemantauan setiap tiga bulan di kilang berkenaan.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta