Malaysia jadi tumpuan pelaburan semikonduktor, buka peluang pekerjaan rakyat

PUTRAJAYA – Reaksi memberangsangkan syarikat asing terhadap pelaburan dalam bidang semikonduktor di Malaysia bukan sahaja membuktikan kemampuan Malaysia untuk menarik pelaburan bermakna malah ia sekaligus membuka ruang kepada peluang pekerjaan bernilai tinggi dan bergaji tinggi kepada rakyat Malaysia.

Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pelaburan semikonduktor dari pelbagai negara amat penting kerana ia boleh membuka pasaran baru kepada Malaysia di samping mengembangkan perusahaan semikonduktor sendiri.

Menurutnya, bagaimanapun Malaysia harus memanfaatkan cabaran perang tarif antara dua kuasa besar dunia, dengan mengembangkan syarikat tempatan sedia ada menjadi sebuah syarikat semikonduktor yang mampu berdiri sendiri dan bukan sekadar tempat untuk ‘memasang dan membungkus’ produk asing sahaja.

Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff

“Malaysia sudah bersedia untuk terajui bidang semikonduktor tetapi mana-mana pelaburan itu bukan menghasilkan pembukaan kilang semata-mata tetapi mesti berlaku perpindahan teknologi, perpindahan ‘know-how’ di mana syarikat asing perlu berkongsi inovasi dan pengetahuan teknikal dengan negara supaya kita boleh membangunkan industri kita sendiri.

“Kalau kita lihat Malaysia memang mampu menjana pendapatan daripada sektor semikonduktor kerana Malaysia merupakan hab elektronik dan elektrikal jadi apabila ada pelaburan syarikat-syarikat semikonduktor, ia menjadi bukti bahawa kita masih mampu menarik pelaburan untuk sektor-sektor tersebut.

“Namun kalau kita lihat cabaran yang dihadapi sekarang terutamanya apabila berlaku perang tarif antara Amerika Syarikat (AS) dan China, akan berlaku ketidaktentuan bukan sahaja melibatkan syarikat tempatan malahan syarikat yang bertapak di Malaysia juga mungkin akan terjejas,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press.

Katanya, Malaysia boleh memanfaatkan pelaburan sedia ada untuk mengukuhkan lagi ekosistem semikonduktor dan kurang kebergantungan kepada pemasangan melalui proses pertukaran teknologi dan pengetahuan dengan syarikat-syarikat asing.

“Apa yang penting abila berlaku teknologi ‘know-how’ atau pertukaran teknologi itu, sebarang inovasi ciptaan yang dibawa oleh syarikat-syarikat asing harus mampu digunapakai oleh syarikat tempatan untuk menghasilkan inovasi yang baru.

“Itu yang mungkin kita masih lagi ketinggalan sebab kalau kita lihat dalam Global Productivity Index, Malaysia berjaya menarik banyak inovasi masuk, tetapi cabarannya ialah bagaimana dengan inovasi yang masuk ini kita mampu menghasilkan inovasi kita sendiri untuk menjadi negara pengeluar dan bukan negara pengguna semata-mata,” ujarnya.

Mengulas lanjut katanya, disamping menerima pelaburan, mengembangkan syarikat tempatan ialah supaya menjadi sebuah syarikat yang bermutu tinggi juga penting supaya kita tidak mudah terkesan dengan perubahan polisi ataupun penarikan pelaburan syarikat asing.

“Sekarang ada situasi dimana ada syarikat asing seperti Dunlop menutup pelaburan mereka, keluar daripada Malaysia kerana tidak lagi mampu menjana pendapatan yang diharapkan malah perkara itu boleh berulang kerana pelaburan syarikat asing berdasarkan pelaburan semata-mata, tanpa sentimen untuk membantu negara.

“Oleh itu, sekiranya negara fokus kepada melahirkan lebih banyak syarikat tempatan berkecimpung dalam sektor ini, sekurang-kurangnya kita tidak mudah terkesan dengan sebarang penarikan pelaburan dari syarikat asing dan tidak terlalu bergantung kepada rakan dagang utama seperti AS dan China,” katanya.

Jelasnya, penawaran gaji yang lebih tinggi dalam sektor pembuatan dan semikonduktor di mana gaji mediaanya melebihi RM5,000 berbanding sektor lain yang hanya sekitar RM2,000 hingga RM2,700 juga berupaya untuk menarik golongan muda menceburi bidang ini.

“Walau bagaimanapun, kerjasama daripada semua pihak amatlah digalakkan termasuk kerjasama antara kerajaan dengan industri di mana kita perlu mewujudkan minat awal ke arah sektor disiplin Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), seawal di peringkat sekolah rendah dan menengah lagi.

“Sebab cabaran kita pada masa kini, jumlah pelajar yang meminati bidang STEM ini sudah semakin berkurang. Oleh itu kerjasama dengan pihak industri juga diharapkan dapat ditingkatkan, di mana mereka turun padang bersama-sama untuk mempromosikan bidang itu dalam kalangan belia.

“Jadi kalau kita dapat bangunkan sektor ini, terutamanya menambah lebih banyak lagi syarikat tempatan, maka peluang rakyat kita untuk mendapat gaji yang lebih kompetitif itu amat tinggi,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Komersial Arm Limited, Will Abbey yang merupakan sebuah syarikat peneraju dunia dalam teknologi Unit Pemprosesan Pusat (CPU) yang berpangkalan di United Kingdom dan memberi fokus kepada pembinaan masa depan pengkomputeran.

Anwar melalui satu hantaran di Facebook memaklumkan, pertemuan itu membincangkan hala tuju teknologi pengkomputeran serta peluang untuk Malaysia mengukuhkan kedudukannya sebagai hab utama dalam ekosistem semikonduktor dan pusat data.

Related Posts

Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

KEBELAKANGAN ini semakin banyak naratif politik cuba dibina untuk menggambarkan sesetengah tokoh pembangkang sebagai ‘pemimpin alternatif terbaik’ kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Antara yang sering diketengahkan ialah Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Persekutuan tambah RM50 juta selamatkan LRA Sungai Limau

KULIM – Kerajaan Persekutuan dijangka perlu menambah kira-kira RM50 juta bagi menyelamatkan projek Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau yang terbengkalai selepas kontrak asal ditamatkan tahun lalu. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

Pengiktirafan kecemerlangan SPM, STAM 2025 bukti pelajar Sabah mampu bersaing

Pengiktirafan kecemerlangan SPM, STAM 2025 bukti pelajar Sabah mampu bersaing

Penerbangan ihsan JBPM selamatkan pesakit tenat dari pedalaman Long Lobang

Penerbangan ihsan JBPM selamatkan pesakit tenat dari pedalaman Long Lobang

Kerajaan Persekutuan tambah RM50 juta selamatkan LRA Sungai Limau

Kerajaan Persekutuan tambah RM50 juta selamatkan LRA Sungai Limau

Pembantu kedai kopi tak mengaku khianat rempuh 12 kenderaan di George Town

Pembantu kedai kopi tak mengaku khianat rempuh 12 kenderaan di George Town