Malaysia hargai sokongan China terhadap Konsensus Lima Perkara ASEAN-Myanmar

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan penghargaan atas sokongan China terhadap Konsensus Lima Perkara (5PC) ASEAN berhubung Myanmar.

Selain itu, Perdana Menteri turut menegaskan kepentingan penyelesaian damai dalam isu Laut China Selatan berasaskan undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS).

Perkara berkaitan isu serantau itu dinyatakan Anwar ketika menerima kunjungan hormat Menteri Luar China, Wang Yi di Putrajaya, hari ini.

Perdana Menteri hari ini mengadakan beberapa pertemuan dua hala bersama pemimpin dan wakil kanan daripada tujuh negara serta entiti antarabangsa, di sela-sela Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) dan mesyuarat berkaitan yang sedang berlangsung.

Selain China, pertemuan turut membabitkan Australia, Pakistan, Turkiye, Palestin, United Kingdom (UK) dan Kesatuan Eropah.

Dalam pada itu Perdana Menteri menegaskan perbincangan bersama Wang Yi meliputi pelbagai aspek hubungan Malaysia-China yang terus diperkukuh menerusi lawatan negara Presiden Xi Jinping ke Malaysia pada April lalu, yang menyaksikan pemeteraian 31 dokumen persefahaman dan perjanjian.

“Kami meneroka usaha merapatkan jurang dagangan dan memperluas kerjasama dalam pelabuhan, gas cecair asli (LNG), air, ekonomi digital dan teknologi hijau,” katanya melalui muat naik di Facebook.

China kekal rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut dengan dagangan mencecah AS$106 bilion pada 2024.

Wang Yi berada di Malaysia bersempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 dan mesyuarat berkaitan yang berlangsung empat hari sejak Selasa lalu.

Related Posts

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

SEPANG – Seramai 284 jemaah haji Malaysia memulakan perjalanan ke Tanah Suci awal pagi ini, sekali gus menandakan pembukaan rasmi musim haji 1447H/2026M. Kumpulan pertama itu berlepas dari Terminal 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM