Malaysia berhasrat muktamadkan COC Laut China Selatan tahun depan, maklumkan kepada China

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan (Mindef) memaklumkan kepada China hasrat Malaysia agar “Code of Conduct in the South China Sea” (COC) dimuktamadkan pada tahun depan.

COC merupakan kod tatacara bagi mengelakkan konflik dan ketegangan di Laut China Selatan akan dimuktamadkan ketika Malaysia mempengerusikan Asean pada 2025, kata Menteri Pertahanan.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan hasrat Malaysia itu ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

Katanya, pertemuan dengan wakil negara ini merupakan sebahagian daripada amalan dan pendekatan negara dalam konteks diplomasi pertahanan.

Pertemuan hari ini telah membincangkan tentang pelbagai perkara, termasuklah berkenaan peluang untuk meningkatkan kerjasama meliputi bidang teknologi dan industri pertahanan.

“Malaysia dan China sememangnya mempunyai pelbagai kerjasama pertahanan, antaranya melalui perjanjian persefahaman yang telah dimeterai sejak tahun 2005.

“Kerjasama ini akan terus diperkukuh, selari dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara dua negara.

“Saya turut menyatakan hasrat Malaysia agar “Code of Conduct in the South China Sea” (COC) yang merupakan kod tatacara bagi mengelakkan konflik dan ketegangan di Laut China Selatan dimuktamadkan semasa Malaysia mempengerusikan Asean tahun hadapan,” kata Khaled dalam kenyataan pada Isnin.

Turut hadir, Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertahanan, Mohd Yani Daud.

Untuk rekod, Kementerian Luar sebelum ini menyatakan, Malaysia akan sentiasa memastikan bahawa COC yang dirundingkan tidak sekali-kali mengetepikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara.

Justeru sebagai Pengerusi Asean pada tahun 2025, Malaysia komited untuk menyelesaikan isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif, dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai.

Malaysia akan terus menyuarakan pendirian tegas berhubung isu Laut China Selatan di pelbagai platform.

I”ni bagi memastikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara akan terus kekal terpelihara,” katanya.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen