PUTRAJAYA – Malaysia berduka atas pemergian pejuang dan sosok pembela rakyat Palestin, Yahya Sinwar yang dibunuh kejam oleh rejim biadab Zionis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan komuniti antarabangsa yang gagal memperjuangkan keamanan dan keadilan lantas memburukkan situasi konflik.
“Malaysia mengutuk keras pembunuhan ini, dan ternyata percubaan rejim untuk melemahkan tuntutan pembebasan tidak akan berjaya.
“Walhasil, Malaysia mendesak agar kebiadaban Israel disanggah komuniti antarabangsa dan betapa pembantaian berterusan warga Palestin mesti segera dihentikan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Pada Khamis, Yahya Sinwar dilaporkan terbunuh dalam serangan ganas Israel di selatan Gaza.




