Malaysia ada kuasa lebih selektif terima pelaburan

PUTRAJAYA – Malaysia memiliki kelebihan dalam memilih bentuk pelaburan diinginkan susulan keupayaan menarik pelabur dalam pelbagai bidang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, jika sebelum ini negara menerima kemasukan pelabur tanpa mengira jenis pelaburan, Malaysia kini menjadi lebih selektif berhubung perkara itu.

“Dahulu kita terima semua pusat data, sekarang tidak… pusat data kalau ditambah pusat kecemerlangan, kecerdasan buatan (AI) dan pertukaran latihan serta pendedahan, ya (kita terima pelaburan itu), jika tidak, kita tidak akan terima.

“Kita ada kelebihan di sini kerana kita sudah sampai ke tahap di mana kita boleh menjadi lebih selektif kepada jenis pelaburan yang diterima,” katanya Forum Ilmuwan Malaysia Madani bertajuk ‘Sektor Tenaga Pemangkin Pertumbuhan Sosioekonomi Yang Mampan dan Inklusif’ malam tadi.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Dalam pada itu, Anwar berkata Malaysia perlu mengimbangi hubungan antara negara luar dalam usaha meningkatkan pelaburan dan pada masa sama, mengekalkan pendirian menyokong Palestin.

Katanya, imbangan itu penting dalam membina kekuatan dalaman demi menjaga kedaulatan dan keselamatan negara.

“Saya tahu pendirian kita mengenai Gaza, tetapi harus ingat juga mengenai kepentingan negara.

“Sebab itu saya sebut pada mesyuarat Jemaah Menteri, saya kata soal Gaza ini kita kekal pendirian tegas… baik depan (Presiden Amerika Syarikat, Joe) Biden, baik depan Antony Blinken (Setiausaha Amerika Syarikat).

“Saya ingatkan mereka bahawa (Israel) sudah langgar semua pertimbangan kemanusiaan,” katanya.

Perdana Menteri berkata, pencerobohan dan kekejaman berterusan Israel terhadap rakyat Palestin semakin melampau serta tidak berperikemanusiaan hingga sanggup membunuh wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa.

“Menjijikkan, saya tengok hari-hari anak kecil dibunuh. Ini satu moral yang bankrap sebab itu saya kata tidak ada perasaan, tidak ada kemanusiaan,” katanya.

Related Posts

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud kebimbangan mengenai penganjuran pameran aset dan teknologi pertahanan terutama berkait persenjataan yang boleh membawa kemusnahan. Bagaimanapun, beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru negara luar untuk menjadi rakan kongsi Malaysia dalam industri pertahanan kerana negara ini mengamalkan dasar berkecuali. Beliau yang juga Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan