TAWAU – Majlis Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tawau dilihat dapat mengeratkan perpaduan dan hubungan dalam kalangan pemimpin cabang serta ahli parti.
Ketua Cabang PKR Tawau, Fung Thin Yein berkata, beliau sangat gembira apabila hari besar itu dapat diraih bersama keluarga dan ahli PKR yang hadir.
“Presiden parti dan Kerajaan Perpaduan dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa mengingatkan kami agar sentiasa menjalin hubungan baik bersama rakyat dan ahli.
“Sudah tentu ini adalah peluang untuk saya dan Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Tawau bersama-sama ahli tanpa mengira agama dan kaum, agar kami lebih bersatu hati dan bekerjasama.
“Lebih 17 ribu ahli PKR Cabang Tawau jadi saya mengalu-alukan kehadiran mereka kerana inilah masanya juga untuk kita lebih mengenal antara satu sama lain dan ahli-ahli ini juga saya ‘whatsapp personal’ jemput mereka,” katanya kepada wartawan The Malaysia Press, pada Sabtu.
Majlis rumah terbuka PKR Cabang Tawau itu berlangsung sehari bermula 11 pagi tadi sehingga 10 malam ini.







