Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2025 bukti perpaduan, pembangunan bersama

KUCHING – Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2025 berlangsung dengan penuh meriah dan berwarna-warni dalam menyatukan kepelbagaian budaya yang mencerminkan perpaduan kukuh rakyat Malaysia.

Sambutan Gawai Dayak Peringkat Sarawak tahun ini turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menzahirkan penghargaan tinggi terhadap kesudian Perdana Menteri kerana hadir ke majlis tersebut.

“Kehadiran Perdana Menteri malam ini menunjukkan semangat persahabatan dan keakraban antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sambutan Hari Gawai Peringkat Sarawak 2025, malam tadi.

Beliau turut menyentuh kejayaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN yang disifatkan berjaya menonjolkan model negara berbilang kaum yang aman dan harmoni kepada negara luar.

Abang Johari menyatakan keyakinan bahawa pencapaian ini akan terus mengangkat martabat Malaysia sebagai negara yang dihormati di peringkat antarabangsa.

“Sarawak akan terus memainkan peranan penting dalam agenda pembangunan mampan rantau ini menerusi inisiatif ASEAN Green, dengan kerjasama Bank Pembangunan Asia (ADB). Projek tenaga hijau tersebut dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi serantau dan menjadikan Sarawak sebagai hab strategik dalam pembangunan tenaga mampan ASEAN”, tambah beliau.

Majlis tersebut turut diserikan dengan perarakan budaya ikonik ‘Niti Daun’, yang melambangkan perpaduan rakyat pelbagai kaum ke arah membina Sarawak yang aman dan makmur. Acara ditutup dengan laungan ucapan Gawai, “Gayu Guru, Gerai Nyamai, Lantang Senang”, sebagai simbol harapan, kesejahteraan dan semangat kekeluargaan rakyat Sarawak.

Kehadiran Perdana Menteri ke majlis tersebut mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan dalam menghargai kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia serta memperkukuh hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak dalam semangat Keluarga Malaysia.

Majlis makan malam itu turut dihadiri oleh barisan pemimpin persekutuan dan negeri, termasuklah Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta pemimpin-pemimpin negeri yang lain.

Foto: TVS, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) & Jabatan Penerangan Sarawak

Related Posts

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

PUTRAJAYA – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mengecam tindakan pihak yang cuba membentuk persepsi seolah-olah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak secara salah dalam siasatan melibatkan saksi kes rasuah, Albert Tei…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

KUANTAN – Penjawat awam Pahang akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji melibatkan peruntukan keseluruhan RM48 juta yang akan dikreditkan dua kali pada tahun hadapan. Berita baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah