Majlis khatan cuti sekolah Teluk Bahang rapatkan silaturahim masyarakat setempat

TELUK BAHANG – Masjid Al Ehsan Sg Pinang mengambil inisiatif menganjurkan program khatan perdana bersempena cuti sekolah yang telah pun tiba.

Program yang murni ini adalah hasil kerjasama antara Universiti Sains Malaysia (USM), Madrasah Raiyyah Islamiah (MRI) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Bukit Kecil yang melibatkan seramai 40 orang kanak-kanak.

Menurut Pegawai Penyelaras KADUN Teluk Bahang, Ahmad Zaki Shah, beliau senang melihat celoteh anak-anak yang terlibat dalam menunggu giliran untuk berkhatan menggunakan teknologi lazer.

“Pelbagai reaksi yang ditunjuk oleh anak-anak kita pada hari ini, ada yang gemuruh dan ada juga yang santai seperti tiada apa-apa.

“Ada yang hadir membantu melancarkan perjalanan program dan ada juga yang memberi motivasi kepada anak-anak yang ketakutan dan gemuruh untuk berkhatan dan tidak terkecuali bagi doktor dan jururawat yang hadir dengan kepakaran mereka,” katanya.

Tambah Zaki, tidak terkecuali juga para ibu bapa yang hadir bersama anak-anak mereka untuk membantu menjayakan program khatan perdana ini.

Beliau juga berharap agar program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang kerana ia memberi impak yang positif kepada komuniti dengan bantuan dari agensi dan badan-badan yang terlibat.

Related Posts

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Oleh: Tengku Majid MUKAH: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) terus memperkukuh peranan pegawai perhubungan awam (PRO) agensi kerajaan menerusi penganjuran UKAS Making Connection 2026: Bengkel Penulisan Berita, Artikel dan Siaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan
  • FandiFandi
  • February 10, 2026

SANDAKAN – Kerajaan negeri menyasarkan tempoh dua tahun bagi membolehkan kapasiti bekalan air di Sandakan memenuhi sepenuhnya permintaan semasa. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joachim Gunsalam berkata, sasaran itu berdasarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang