Majlis AKIS pemangkin pertumbuhan usahawan tempatan Sabah

Ynom

KOTA KINABALU – Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri Sabah (AKIS) menjadi pemangkin pertumbuhan usahawan tempatan Sabah untuk terus berkembang dalam bidang keusahawanan dan perindustrian.

Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET), Datuk Ewon Benedick berkata, AKIS merupakan platform penting dalam menghargai dan mengiktiraf pencapaian syarikat-syarikat tempatan di negeri ini.

“Pada saya, ini merupakan satu pengiktirafan yang boleh mencetuskan inspirasi kepada usahawan-usahawan sabah.

“Saya berharap penerima anugerah ini boleh menjadi inspirasi kepada rakyat sabah yang lain untuk menceburi bidang keusahawanan dan perindustrian,” katanya dalam sidang media selepas Majlis (AKIS) di Hilton Hotel, di sini pada Jumaat.

Tambah Ewon, MINDET akan terus menyokong keperluan usahawan tempatan Sabah dengan menyediakan dasar dan inisiatif yang bersesuaian.

“Ia termasuklah memastikan usahawan mendapat sokongan yang bersesuaian bagi membolehkan produk dan perkhidmatan dapat menembusi pasaran antarabangsa.

“Data daripada Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) menunjukkan lebih 12,000 syarikat berdaftar untuk pasaran antarabangsa di seluruh negara, namun hanya 261 daripadanya merupakan syarikat dari Sabah.

“Justeru itu, saya menyeru agar usaha perlu dilipatgandakan bagi memastikan lebih banyak syarikat tempatan Sabah mampu menembusi pasaran luar negara,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ewon berkata, antara fokus utama kementerian ketika ini adalah pembangunan standard dan kualiti produk serta perkhidmatan usahawan tempatan agar memenuhi piawaian antarabangsa, termasuk pematuhan pensijilan halal, amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta penambahbaikan dari segi pembungkusan dan pelabelan produk.

Pada majlis, sebanyak enam anugerah telah diperkenalkan dan dinilai berdasarkan pelbagai kriteria termasuk prestasi nilai jualan tahunan syarikat, bermula daripada kurang RM1 juta sehingga melebihi RM50 juta.

Seramai 50 usahawan tempatan turut menerima bungkusan produk baharu di bawah Program Transformasi Usahawan Sabah yang menyediakan latihan, bimbingan serta bantuan untuk meningkatkan kualiti pembungkusan produk.

Related Posts

Kerjasama media Sabah, Kaltara pacu pembangunan sempadan melalui Sosek Malindo

TAWAU – Kerjasama strategik antara media Sabah, Malaysia dan Kalimantan Utara (Kaltara), Indonesia menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) berpotensi besar menyokong pembangunan kawasan sempadan menerusi platform Sosial Ekonomi Malaysia-Indonesia (Sosek…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu DAK: Tiada unsur komersial dalam perjanjian pemindahan gajah – MPT

TAIPING – Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menegaskan tiada sebarang unsur komersial, urusan jual beli mahupun pembayaran melibatkan program pemindahan tiga gajah Malaysia iaitu Dara, Amoi dan Kelat (DAK) dari Zoo…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama media Sabah, Kaltara pacu pembangunan sempadan melalui Sosek Malindo

Kerjasama media Sabah, Kaltara pacu  pembangunan sempadan melalui Sosek Malindo

Isu DAK: Tiada unsur komersial dalam perjanjian pemindahan gajah – MPT

Isu DAK: Tiada unsur komersial dalam perjanjian pemindahan gajah – MPT

24 warga China dihantar pulang, disenarai hitam Imigresen Sabah

24 warga China dihantar pulang, disenarai hitam Imigresen Sabah

Tun M gagal satukan Melayu kerana percaturan politik sendiri

Tun M gagal satukan Melayu kerana percaturan politik sendiri

Nilai stok pasir sungai di Pahang mencecah RM500 juta – Wan Rosdy

Nilai stok pasir sungai di Pahang mencecah RM500 juta – Wan Rosdy

Penggantungan Bersatu dijangka beri kesan kepada PN di peringkat nasional

Penggantungan Bersatu dijangka beri kesan kepada PN di peringkat nasional