Majlis Aidilfitri jadi bukti semangat perpaduan penjawat awam

KOTA KINABALU – Majlis Aidilfitri Penjawat Awam bukan sahaja menjadi platform mengeratkan silaturahim antara penjawat awam dan masyarakat, malah menjadi bukti semangat perpaduan yang terus mekar setiap kali Syawal menjelma.

Penolong Pengarah Kanan, Unit Penyelarasan Pembangunan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, Suraini Mohd Talip, 51, berkata, beliau sudah 18 tahun bekerja di sini dan perasaan sangat gembira setiap kali sambutan hari raya kerana diberi peluang untuk menghias gerai dan menyediakan makanan.

 “Hari ini kami menyediakan menu Kambing Bakar Walid tapi bukan nama Walid yang viral sekarang ini sehingga ke negara-negara jiran.

“Untuk kambing bakar kita pada hari ini, kita ada menyediakan 50 kilogram kambing bakar iaitu untuk 500 pek penjawat-penjawat awam di sekitar kompleks persekutuan ini.

“Selain itu, kita pun bertemu dengan para penjawat awam daripada pelbagai agensi untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Raya,” katanya semasa ditemui wartawan TMP di Majlis Aidilfitri dan Perjumpaan Penjawat Awam Persekutuan Negeri Sabah di Dewan Serbaguna, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS), di sini pada Khamis.

Tidak ketinggalan, Warung Pak Jabit yang menyediakan menu sate dan kuah kacang, istimewanya, menu tersebut dari Kuala Kangsar, Perak turut menjadi perhatian.

Menurut Penyelia Rumah Masak Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kota Kinabalu, Mohd Zamin Abu Hassan, 42, berkata menu tersebut adalah daripada resipi orang tuanya.

“Sate ini kami masak sendiri daripada pukul 4 pagi ini dan menyediakan 500 pek sate serta kuah kacang untuk penjawat awam hari ini.

“Warung Pak Jabit ini berasal daripada kampung saya sendiri, Kuala Kangsar, Perak, namanya macam dalam filem Hantu Kak Limah,” kongsinya.

Bagi Pembantu Tadbir Kewangan, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Sabah, Cornelius Christer, 37, penglibatan beliau sudah melebihi empat tahun dalam sambutan hari raya dan tahun ini terasa perbezaan apabila banyak gerai dari pelbagai jabatan mengambil penyertaan.

“DOSM Sabah menyediakan bubur caca sebanyak 500 set kepada semua penjawat awam dan yang mengunjungi booth.

“Perbezaannya tahun ini, lebih meriah dengan daging kambing yang ada di sini. Semua makanan yang disediakan nampak menyelerakan dan suasana di sini memang padat sekarang.

“Yang bagusnya kalau majlis seperti ini, makanan yang disediakan di sini semua boleh diambil secara percuma,” ujarnya.

Tahun ini, sebanyak 66 gerai mengambil bahagian memeriahkan majlis Aidilfitri kali ini yang menampilkan pelbagai juadah tradisional dan hidangan istimewa yang mencerminkan kepelbagaian budaya serta semangat perpaduan dalam kalangan para penjawat awam dan pengunjung.

Pada majlis sama, seramai 20 orang daripada Rumah Anak-Anak Yatim As-Sakinah, Papar menerima bantuan sumbangan hari raya yang disampaikan oleh Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan Toh Puan Faridah Tussin.

Dalam pada itu, Tun Musa sempat beramah mesra dengan para penjawat awam dan melawat gerai-gerai jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Datin Seri Juliah Salag dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya.

Related Posts

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen padu dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di negeri ini. Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, sokongan berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Mohd Sharim Md Zain mencadangkan beberapa inisiatif bagi mengembalikan tarikan Tasik Chini sebagai destinasi pelancongan berasaskan alam semula jadi di Pahang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam