MAIS tegas tolak normalisasi budaya LGBT

Oleh: AFKAR LOTFI

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menegaskan pendirian tegas menolak sebarang usaha menormalisasikan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam.

Menurut kenyataan rasmi MAIS di platform Facebook, agensi itu memandang serius laporan media mengenai penganjuran program yang dikaitkan dengan komuniti LGBT, termasuk promosi gaya hidup tersebut.

“MAIS menentang keras aktiviti yang bertujuan mempromosi, menyokong atau menormalisasikan gaya hidup songsang,” kata kenyataan itu.

MAIS menambah bahawa perbuatan seumpamanya bukan sahaja melanggar ajaran Islam, malah bercanggah dengan undang-undang negara, nilai budaya timur serta norma masyarakat Malaysia.

Agensi itu turut menyeru masyarakat Islam agar kekal berpegang kepada ajaran agama dan tidak terpengaruh dengan agenda normalisasi LGBT yang boleh merosakkan moral serta akhlak umat.

Bagi individu yang terlibat dalam gaya hidup tersebut, MAIS menasihatkan mereka kembali kepada fitrah melalui program pemulihan yang ditawarkan oleh MAIS, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau NGO berkaitan.

MAIS juga akan bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk memperkukuh pendidikan akhlak, dakwah dan program pemulihan masyarakat Islam.

Reaksi MAIS ini susulan kontroversi program ‘Glamping with Pride’ di Hulu Langat yang didakwa melibatkan komuniti LGBT. Semalam, Exco Belia dan Sukan Selangor, Mohd Najwan Halimi mengarahkan siasatan ke atas program dua hari yang dijadualkan minggu depan.

Related Posts

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

TUMPAT – Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Wakaf Bharu di sini yang didakwa melibatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai, dipercayai kerana selisih faham keluarga. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

SHAH ALAM – Sarapan percuma diberikan kepada pelajar di kesemua 873 sekolah di Selangor bagi meringankan perbelanjaan ibu bapa susulan krisis tenaga global. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan