Mahkamah akan bebaskan Najib jika ada bukti kukuh, bukan sentimen – Bekas Peguam Negara

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak masih ada peluang untuk membebaskan dirinya daripada pertuduhan menyeleweng wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan mengemukakan bukti yang kukuh apabila beliau memberi keterangan bersumpah pada 2 Disember ini.

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman berkata, namun ia bergantung pada bukti yang akan dikemukakan sama ada benar atau sekadar dongeng.

“Ini adalah peluang bagi Najib untuk menyampaikan keterangan dan mempertahankan dirinya jika beliau merasakan ada fakta yang boleh menyokong kedudukannya.

“Tindakan selanjutnya bergantung kepada kekuatan bukti pihak pembela yang perlu ditunjukkan secara kukuh,” lapor Utusan.

Beliau berkata, bukti yang dikemukakan mestilah komprehensif bagi menyanggah dakwaan pihak pendakwa.

“Bagi mahkamah, keutamaan tetap pada bukti, bukan sentimen,” katanya.

Namun, beliau menekankan pentingnya setiap keputusan dibuat secara berhati-hati kerana ia akan menjadi penentu kepada perjalanan kes tersebut.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin mengarahkan bekas Perdana Menteri itu membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap empat tuduhan menggunakan kedudukannya bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Related Posts

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

SETIAP kali menghampiri Aidilfitri, ramai di antara kita yang menghadapi tekanan kewangan. Mahu menyediakan belanja raya untuk keluarga. Mahu wajah anak bini berseri-seri gembira di pagi raya. Menyedari konteks ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian serius terhadap usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di kawasan konflik di Asia Barat susulan perkembangan keselamatan yang semakin meruncing…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit