MAHB nafi tamat lantikan lima pengarah bebas

PUTRAJAYA – Lima pengarah bebas Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak ditamatkan perkhidmatannya, bertentangan dengan kenyataan dibuat Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

MAHB menjelaskan pengarah ini tidak dilantik secara kontrak tetapi dilantik dan terus berkhidmat dalam Lembaga Pengarah, bertentangan dengan dakwaan daripada Wan Ahmad Fayhsal.

“Pengarah-pengarah ini tidak diberikan notis pemberhentian. Sebarang perubahan dalam komposisi Lembaga Pengarah MAHB akan diumumkan kepada Bursa Malaysia berikutan syarikat ini adalah entiti senaraian awam,” katanya seperti dilapor Bernama.

Pada sidang media baru-baru ini, Wan Ahmad Fayhsal mendakwa beliau mendapat maklumat bahawa kontrak pengarah-pengarah ini ditamatkan oleh dana kekayaan berdaulat negara, Khazanah Nasional Bhd.

Tindakan itu, dakwa Wan Ahmad Fayhsal berpunca bantahan mereka terhadap cadangan perjanjian penstrukturan semula MAHB.

Isu ini timbul susulan penasihat bebas Hong Leong Investment Bank mencadangkan pemegang saham menerima tawaran Gateway Development Alliance pada RM11 sesaham.

Bagaimanapun, pengarah iaitu Datuk Mohamad Husin, Ramanathan Sathiamutty, Cheryl Khor Hui Peng, Datuk Seri Koe Peng Kang dan Chris Chia Woon Liat, telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka, menyifatkan tawaran itu sebagai tidak adil dan tidak munasabah.

Related Posts

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

JOHOR BAHRU – Mandat perlu dikembalikan kepada rakyat melalui pilihan raya sekiranya mahu menukar kerajaan, bukannya dengan cara ‘menebuk atap’ iaitu budaya politik yang mencacatkan demokrasi. Ketua Angkatan Muda Keadilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan penyelarasan sementara kuota bagi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) pada 200 liter sebulan ketika ini berikutan tekanan bekalan global yang masih berterusan. Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital

Lumut bakal jadi hab pertahanan maritim, kampus UPNM dirancang

Lumut bakal jadi hab pertahanan maritim, kampus UPNM dirancang