LPHS tawar rumah sementara kepada mangsa kebakaran paip gas

LEBIH 100 unit rumah sementara ditawarkan kepada mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ianya telah dipersetujui oleh Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) yang menawarkan unit rumah sementara itu yang terletak sebahagiannya di Kota Warisan, Sepang manakala sebahagian lagi akan diumumkan kelak dengan menggunakan skim SMART Sewa Selangor.

“Kalau semua berjalan dengan baik dalam seminggu, dua minggu lagi mereka ini boleh ditempatkan di rumah SMART Sewa ini dan juga di Airbnb yang lokasinya akan ditentukan kelak.

“Ini semua akan diumumkan selepas kita muktamadkan perjanjian dan kita akan bawa dalam mesyuarat jawatankuasa supaya kita boleh kurangkan tekanan kepada mangsa,” katanya pada sidang media di pusat pemindahan sementara (PPS) di Putra Heights, Subang Jaya, hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin memaklumkan lebih ramai mangsa dijangka dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing bermula hari ini.

Beliau berkata kumpulan kedua yang akan dibenarkan pulang itu membabitkan baki daripada 115 rumah yang dikenal pasti selamat untuk diduduki semula.

“Kumpulan kedua mangsa ini akan dibenarkan pulang ke kediaman mereka hari ini, selepas pihak berkuasa teknikal mengesahkan kediaman mereka selamat untuk diduduki semula.

“Mereka hanya akan dibenarkan pulang selepas pihak berkuasa membuat sambungan semula perkhidmatan utiliti di lokasi ditetapkan,” katanya.

Kebakaran melibatkan saluran gas Petronas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pada 8.10 pagi Selasa lepas, secara keseluruhannya melibatkan 1,254 orang daripada 308 keluarga.

Sebanyak 87 rumah mengalami kerosakan keseluruhandan tidak boleh didiami, manakala 148 rumah terjejas dan mengalami kerosakan tetapi boleh didiami setelah melalui proses pembaikan.

Related Posts

Rakyat Malaysia perlu berhenti berbalah isu bahasa

BENTONG – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghentikan pertelingkahan berpanjangan antara kaum berhubung isu bahasa, sebaliknya kembali memberi tumpuan kepada usaha membina masa depan anak-anak negara lebih berdaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas Panglima Tentera Darat tak mengaku terima rasuah lebih RM2.12 juta

Kuala Lumpur: Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan yang berdepan empat pertuduhan rasuah berjumlah lebih RM2.12 juta, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

  • By Ynom
  • January 22, 2026
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

  • By Fandi
  • January 22, 2026
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

  • By Ithma
  • January 22, 2026
SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar

  • By Fatin
  • January 22, 2026
PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar