Lokasi ekopelancongan berisiko di Johor ditutup

JOHOR BAHRU – Beberapa lokasi ekopelancongan di sekitar Johor yang dikesan berisiko sewaktu musim tengkujuh akan diarah ditutup sementara kepada orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, ketika ini, Jabatan Perhutanan negeri telah mengarahkan penutupan di beberapa lokasi antaranya Taman Eko Rimba (TER), Hutan Taman Negeri (HTN), trek pendakian, trek sukan lasak dan Suaka Burung Panti.

“Lokasi-lokasi ini ditutup kepada pengunjung mulai 15 November sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak kecuali TER Gunung Arong dan Trek Pendakian Gunung Arong yang akan ditutup pada 16 Disember depan sehingga dimaklumkan kelak,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut beliau, selain itu, beberapa kawasan tarikan negeri di bawah seliaan Perbadanan Taman Negara Johor juga akan ditutup.

Katanya, ia membabitkan Air Terjun Gunung Ledang yang ditutup bermula 14 Oktober lalu hingga 31 Disember depan bagi memberi laluan kepada kerja naik taraf.

“Selain itu, Taman Negara Endau-Rompin dan Taman Negara Gunung Ledang Hutan Lagenda masing-masing akan ditutup bermula 1 Disember ini hingga diberitahu kelak,” katanya.

Tian Soon berkata, keputusan itu diambil sebagai langkah proaktif untuk melindungi keselamatan pengunjung serta meminimumkan risiko akibat fenomena cuaca buruk seperti hujan lebat dan banjir.

Katanya, kerajaan negeri amat menghargai kerjasama orang ramai dalam mematuhi arahan itu demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.

“Kita menyeru supaya semua pihak sentiasa berwaspada terhadap risiko musim tengkujuh dan mematuhi sebarang arahan pihak berkuasa.

“Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Johor sangat mengalu-alukan kedatangan orang ramai apabila lokasi-lokasi ini dibuka semula nanti.

“Kita yakin pengalaman di kawasan ekopelancongan ini akan terus memberi kepuasan kepada pengunjung selepas penambahbaikan dilaksanakan,” katanya.

Related Posts

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

JOHOR BAHRU – Individu terbabit dalam insiden seorang lelaki ditampar di sebuah stesen minyak di Taman Perling, di sini, semalam, sebagaimana tular dalam media sosial, disahkan adalah seorang anggota polis.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

KINABATANGAN – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengeluarkan sebanyak 446 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ta’awun atau taktik? Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Ta’awun atau taktik?  Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

  • By Fatin
  • January 12, 2026
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar