Liverpool bina skuad ala Galacticos

JUARA Liga Perdana Inggeris, Liverpool membelanjakan 446 juta pound (RM2.56 bilion) pada musim panas ini bagi membina skuad yang digelar mirip ‘Galacticos’ dengan harapan mengukuhkan dinasti selepas kejuaraan liga ke-20 musim lalu.

Dua pembelian mega menjadi tumpuan – Florian Wirtz dari Bayer Leverkusen dan Alexander Isak dari Newcastle – memecah rekod perpindahan Britain sebanyak dua kali dalam jendela sama.

Wirtz disambar dengan pakej bernilai 116 juta pound (RM666 juta), sebelum membawa masuk Isak pada hari terakhir perpindahan dengan nilai 125 juta pound (RM718 juta).

Secara keseluruhan, 241 juta pound (RM1.38 bilion) dibelanjakan hanya untuk dua penyerang itu.

Menurut laporan The Times, struktur pembayaran dirundingkan oleh pengarah sukan, Richard Hughes bermakna Liverpool hanya mengeluarkan 51.25 juta pound (RM295 juta) pada musim panas ini untuk kedua-duanya.

Bagi Wirtz, Leverkusen dijamin menerima 100 juta pound (RM574 juta), dibayar dalam ‘lima ansuran sama rata’.

Tambahan 16 juta pound (RM92 juta) hanya akan diaktifkan jika Liverpool memenangi Liga Perdana Inggeris atau Liga Juara-Juara Eropah sepanjang tempoh kontraknya.

Bagi Isak pula, rundingan jauh lebih rumit. Tawaran awal 110 juta pound (RM631 juta) ditolak serta-merta Newcastle, sebelum rundingan berlarutan hampir sebulan.

Isak sendiri mendesak untuk berhijrah ke Anfield sehingga Newcastle bersetuju melepaskannya dengan harga 125 juta pound (RM718 juta).

Yuran perpindahan penyerang Sweden itu dibayar dalam empat ansuran, bermakna Liverpool hanya mengeluarkan 31.25 juta pound (RM179 juta) musim ini.

Isak, yang meledak 23 gol Liga Perdana musim lalu, berpeluang membuat penampilan sulung pada aksi menentang Burnley di Turf Moor Ahad ini, ketika The Reds memburu kemenangan liga keempat berturut-turut.

Related Posts

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

ASTON Villa membelasah Bologna manakala Nottingham Forest menewaskan FC Porto pada aksi Liga Europa awal pagi tadi untuk menempah pertembungan sesama kelab England di separuh akhir. Mendahului 3-1 menerusi aksi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

ARSENAL mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas bernasib baik mempertahankan keputusan seri tanpa jaringan menentang Sporting Lisbon sekali gus memastikan kemenangan agregat 1-0, awal pagi tadi. Pasukan kendalian Mikel…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan